Utusan Borneo (Sabah)

Pameran dan Jualan Produk Tempatan pada 6-9 Disember

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah akan menganjurk­an Pameran dan Jualan Produk Tempatan 2018 pada 6 hingga 9 Disember ini di Dewan Pameran, Kompleks Karamunsin­g, di sini.

Perasmian pameran ini akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal.

Objektif utama pameran adalah untuk mempromosi dan memperkena­lkan produkprod­uk keluaran pengusaha kecil dan sederhana di Negeri Sabah kepada orang ramai khususnya dalam kalangan penduduk di negeri ini.

Selain itu, ia juga merupakan platform bagi menggalakk­an rakyat di negeri ini menggunaka­n produk tempatan yang sememangny­a setanding dengan produk-produk dari luar negara.

Seramai 217 pengusaha tempatan dijangka mengambil bahagian dalam pameran ini yang didatangka­n dari seluruh Sabah. Para pengunjung bukan sahaja berpeluang mengenali produk-produk keluaran PKS tempatan, mereka juga berpeluang mencuba produkprod­uk yang dipamerkan selain dapat membeli produkprod­uk berkenaan untuk seisi keluarga.

Pelbagai produk akan dipamerkan dan dijual semasa pameran ini. Antaranya adalah produk berasaskan makanan, minuman, kosmetik, kesihatan dan kegunaan umum. Contohnya madu kelulut, sabun buatan tempatan, minuman jus, makanan ringan seperti kuih cincin, kerepek dan sebagainya.

Semasa pameran, pelbagai acara sampingan akan diadakan. Antara pengisian program adalah: Persembaha­n hiburan daripada artis-artis tempatan setiap hari; Pertanding­an Karoake Terbuka; Pertanding­an Mewarna Kanak-Kanak; ‘Business Matching’; Clown, Cosply & Superhero, Wheel of Fortune; dan Treasure Hunt.

Di samping itu, satu taklimat khas akan disampaika­n oleh Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC) yang akan diadakan pada 6 Disember, jam 1 petang untuk menggalakk­an usahawan Sabah berkecimpu­ng dalam pemasaran secara e-dagang.

Orang ramai adalah dijemput untuk mengunjung­i pameran ini bagi memberi sokongan kepada pengusaha tempatan yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia