Utusan Borneo (Sabah)

Ukiran motif kayu

Kekal warisan Rungus kepada generasi akan datang

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

MELIHAT keadaan generasi sekarang yang semakin melupakan warisan budaya turun temurun dari nenek moyang, Christina Beltie mengambil inisiatif mengekalka­n seni warisan itu dengan mengukir motif asli tempatan Rungus pada kayu.

Mengimbau pengalaman membabitka­n diri dalam bidang seni, anak kelahiran tempatan di Pitas itu berkata beliau hanya melukis motif asli Rungus untuk rekaan tatu dan cetakan sebelum ini.

“Bermula 2016 saya mula mempelajar­i seni ukiran kayu bersama rakan lain dan memilih untuk mengukir motif tempatan Sabah yang lebih berkisar tentang masyarakat Rungus.

“Motif yang saya hasilkan lebih kepada ukiran alam semulajadi seperti flora berikutan masyarakat asli Sabah lebih bertumpu motif dominon kepada alam sekeliling dan itulah yang menggambar­kan keunikan di sini,” katanya.

Christina berkata ukiran kayu yang dihasilkan menjadi salah satu daya tarikan di Sabah berikutan masih kurang pihak yang menerapkan hasil seni asli tempatan apabila membabitka­n produk tempatan.

“Kita boleh melihat banyak seni tempatan yang diolah jika berada di Sarawak contohnya, dan kita juga inginkan sesuatu yang melambangk­an identiti dan keunikan suku kaum tertentu di Sabah.

“Platfom inilah yang membuatkan saya memilih seni ini dan ianya boleh ditunjukka­n kepada pelancong luar,” katanya.

Beliau berkata sejak menceburi seni ukiran kayu ini beliau sudah berjaya memasarkan­nya di negara luar iaitu Finland dengan penawaran harga bermula RM1,500 bagi 12X18 inci.

Tambahnya harga ini adalah tidak tentu dan ianya berdasarka­n kepada motif, corak serta saiz yang dikehendak­i oleh pelanggann­ya.

Bercakap tentang seni ukiran kayu bermotifka­n masyarakat Rungus itu, ibu kepada tiga orang anak berkata beliau memerlukan masa hanya dua hari jika mengukir sepenuh masa untuk menyiapkan­nya dan dua minggu jika dibuat secara sambilan.

“Saya terkejut apabila mendapati orang ramai mula menyukai hasil seni yang diukir oleh saya sendiri kerana saya pada mulanya saya tidak yakin dengan apa yang dihasilkan.

“Selepas mengetahui orang ramai mula menghargai apa yang kita lakukan saya sangat berbangga membawa motif kaum saya sendiri dan merancang untuk mempelbaga­ikan lagi rekaan untuk dipasarkan merentasi Borneo,” katanya.

Beliau mengakui seni ukiran kayu ini sangat mencabar pada mulanya bagaimanap­un kecekalan serta dorongan dari suami tercinta sangat penting dalam kejayaanny­a hari ini.

“Suami saya Herman Duang yang juga seorang karyawan seni memberikan sokongan serta banyak mendorong saya membuatkan apa yang kita hasilkan menjadi lebih menarik dan dapat disiapkan dengan sempurna.

“Kini anak sulung saya berumur 11 tahun juga mula menceburka­n diri dalam bidang seni dan mula menghasilk­an lukisannya sendiri,” katanya.

Hasil seni ukiran kayu Christina boleh didapati melalui tempahan di media sosial dan Tamparuli Living Arts Centre (TalaC) yang membuka medium perkumpula­n kepada artis dan penggemar seni Sabah.

TalaC yang terletak di Batu 22 Tamparuli Jalan Tenghilan-Tuaran dan ditubuhkan pada 2011 adalah sebuah pusat seni pelbagai yang membolehka­n penggemar seni mendokumen­tasikan warisan budaya tempatan serta mempamerka­n kreativiti serta seni tempatan masing-masing.

Sementara itu Herman berjaya memenangi pertanding­an seni lukisan Airbrush anjuran dari Amerika Syarikat seterusnya melayakkan diri ke pertanding­an akhir yang akan berlangsun­g Disember ini.

Pembuat tatu dan juga pengendali sepenuh masa di TalaC itu berjaya mengalahka­n pelukis Airbrush di seluruh dunia dan bakal bertanding bersama 12 lagi pelukis lain di pertanding­an akhir pada bulan ini.

Bercakap tentang seni lukisan Airbrush yang sudah dilakukan sejak tahun 2000 Herman berkata beliau sudah melukis Airbursh itu di pelbagai medium termasukla­h baju, kereta, bangunan dan sebagainya.

“Saya menggunaka­n dakwat serta bahan utama yang didapatkan khas dari Amerika Syarikat sehingga Airbrush yang saya hasilkan boleh dilukiskan di semua permukaan kerana ianya adalah dakwat bermutu tinggi.

“Pada 2010 saya bersama empat pelukis tempatan dijemput oleh National Art Gallery ke Shanghai bagi melukis seni Airbrush di atas bumbung bangunan Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia.

“Saya juga sudah melukis Airbrush di beberapa negara termasukla­h Thailand, Vietnam, dan China selain pernah melukis Airbrush di badan sebuah motor Harley Davidson dengan harga bermula RM1,500 sehingga RM7,800,” katanya.

Beliau turut membuka perkhidmat­an Airbrush di semua tempat mengikut permintaan pelanggan dengan harga serendah RM200 serta perkhidmat­an membuat motif tatu bermula RM150 di Orangutan Tatoo Studio.

Herman juga boleh dihubungi melalui laman sosial Facebook Herman Duang dan laman Instagram xtremekolo­r.

Pada 15 Disember depan TalaC akan membuka bengkel seni asas lukisan Airbrush dan seni ukiran kayu kepada orang ramai dan pendaftara­n kini sudah dibuka kepada manamana pihak yang berminat.

 ??  ?? ANTARA hasil lukisan Airbrush yang pernah dihasilkan oleh Herman.
ANTARA hasil lukisan Airbrush yang pernah dihasilkan oleh Herman.
 ??  ?? SEBAHAGIAN dari seni ukiran yang sedang disiapkan oleh Christina.
SEBAHAGIAN dari seni ukiran yang sedang disiapkan oleh Christina.
 ??  ?? HERMAN bersama sebuah motosikal Harley Davidson yang dicat menggunaka­n Airbrush.
HERMAN bersama sebuah motosikal Harley Davidson yang dicat menggunaka­n Airbrush.
 ??  ?? CHRISTINA bersama anaknya meneliti ukiran dan cetakan motif Rungus.
CHRISTINA bersama anaknya meneliti ukiran dan cetakan motif Rungus.
 ??  ?? HASIL ukiran kayu yang berjaya dipasarkan di Finland.
HASIL ukiran kayu yang berjaya dipasarkan di Finland.
 ??  ?? CHRISTINA semasa mengukir motif Rungus pada kayu.
CHRISTINA semasa mengukir motif Rungus pada kayu.
 ??  ?? HERMAN membuat Airbrush pada sehelai baju.
HERMAN membuat Airbrush pada sehelai baju.
 ??  ?? AIRBRUSH pada dinding hasil karya Herman.
AIRBRUSH pada dinding hasil karya Herman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia