Utusan Borneo (Sabah)

Watson kesal namanya diguna promosi Bitcoin

-

MIRI: Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek membuat laporan polis di Balai Polis Pusat (CPS) Miri petang Sabtu berhubung kes penyalahgu­naan nama dan gambarnya untuk promosi Bitcoin oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab.

Watson berkata, beliau menyedari nama dan gambarnya disalahgun­akan pada 9 November lalu kirakira jam 9 pagi di rumahnya di Taman Hilltop semasa melayari laman sosial Facebook.

“Saya ternampak gambar dan namasayate­lahdigunak­anuntuk membuat promosi Bitcoin, di sini saya menegaskan bahawa saya tidak pernah sama sekali terlibat dengan aktiviti revolusi Bitcoin serta hadir ke program yang dikendalik­an pengacara terkenal seperti yang tular di laman sosial terbabit.

“Merujuk kepada artikel yang diterbitka­n beberapa akaun laman sosial Facebook terbabit, mendakwa saya seolah-olah menceritak­an kisah kejayaan terlibat dalam revolusi Bitcoin,” katanya ketika ditemu bual pemberita di pekarangan CPS Miri pada Sabtu.

Watson yang mengenakan baju merah hadir ke CPS sambil ditemani isterinya kira-kira jam 3.14 petang.

“Laporan ini saya buat kerana pihak yang tidak dikenali telah menyalahgu­nakan nama dan gambar saya untuk tujuan mempromosi­kan ‘scam’ Bitcoin yang tidak diketahui kewujudann­ya.

“Atas nasihat pihak polis, saya akan membuat laporan kepada pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutny­a,” jelas Watson.

 ??  ?? WATSON menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya.
WATSON menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia