Utusan Borneo (Sabah)

Wujud sejuta peluang pekerjaan

Bukan janji kosong

-

KUALA LUMPUR: Manifesto Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan pada pilihan raya umum ke14 (PRU14) yang lalu bukan hanya janji kosong kerana ia akan tetap dilaksanak­an.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata kerajaan mampu mencapai angka satu juta peluang pekerjaan namun negara pada masa ini menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.

“Masalahnya bukan pada angka itu atau adanya pekerjaan yang menjadi masalah ialah guna tenaga penuh dengan peratusan tidak bekerja hanya 3.4 peratus, berlaku kekurangan tenaga kerja, usaha-usaha sedang dibuat supaya kita dapat lebih banyak tenaga kerja yang boleh tingkat pendapatan negara ini.

“Meningkatk­an gaji minima kepada RM1,500 adalah dasar kerajaan ia semestinya boleh dicapai dalam tempoh lima tahun, usaha pertama telah dimulakan dengan meningkatk­an gaji minima daripada RM1,000 kepada RM1,100 yang akan dilaksanak­an pada 1 Jan 2019,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BNBagan Datuk) sama ada kerajaan akan melaksanak­an janji mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya kurangnya RM2,500 yang terkandung dalam manifesto PH.

Dalam perkembang­an lain, Kula Segaran berkata berdasarka­n Laporan Penyiasata­n Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar penganggur­an suku ketiga 2018 mencatatka­n kadar 3.4 peratus, tidak berubah berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Senario kadar penganggur­an di bawah 4.0 peratus ini menunjukka­n negara berada pada tahap guna tenaga penuh,” katanya.

Menurut beliau, kadar penganggur­an graduan pada 2017 adalah sebanyak 137,400, meningkat 4.4 peratus berbanding 131,600 pada tahun 2016.

“Golongan ini yang berada dalam proses transisi daripada alam pembelajar­an kepada pasaran pekerjaan juga akan melalui proses untuk mendapatka­n pekerjaan.

“Di antara program yang dilaksanak­an bagi menangani perkara ini ialah menaik taraf sistem portal pekerjaan JobsMalays­ia sebagai projek pembanguna­n kementeria­n di bawah Rancangan Malaysia Ke-11; Program Penempatan Pekerjaan (3P) antaranya karnival kerjaya, temu duga terbuka dan lainlain,” katanya.

Sementara itu, K ula Segara n berkata berdasarka­n laporan pemberhent­ian oleh majikan yang diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja dari 1 Jan hingga 30 Sept lalu, seramai 15,903 orang telah dihentikan kerja dalam tempoh itu.

Jumlah ini adalah lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu seramai 31,945 pekerja diberhenti­kan, katanya.

Beliau menjawab soalan asal Ahmad Zahid berhubung langkah kerajaan bagi mengatasi masalah penganggur­an terutama kalangan lepasan universiti dan langkah yang diambil kementeria­n bagi mengatasi masalah pemberhent­ian pekerja oleh syarikat-syarikat GLC dan pihak swasta. Bernama

Masalahnya bukan pada angka itu atau adanya pekerjaan yang menjadi masalah ialah guna tenaga penuh dengan peratusan tidak bekerja hanya 3.4 peratus, berlaku kekurangan tenaga kerja, usahausaha sedang dibuat supaya kita dapat lebih banyak tenaga kerja yang boleh tingkat pendapatan negara ini. M. KULA SEGARAN Menteri Sumber Manusia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia