Utusan Borneo (Sabah)

Parkir khas di SK Andrassy wujud suasana mesra OKU

-

TAWAU: Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat, oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaa­n hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

Sekolah Kebangsaan (SK) Andrassy,Tawau telah melancarka­n tempat parkir khas untuk golongan OKU. Penyediaan parkir khas untuk golongan itu menunjukka­n bahawa warga sekolah berkenaan mengangkat martabat serta menghargai golongan OKU.

Guru Besar SK Andrassy Samson Sahibul berkata, penyediaan ruangan parkir khas untuk golongan OKU itu adalah untuk memudahkan mereka sekiranya hendak berurusan dengan pejabat pentadbira­n sekolah.

Selain itu, penyediaan parkir khas itu juga adalah untuk menyahut seruan kementeria­n agar mewujudkan suasana mesra OKU di sekolah di samping memberi hak dan peluang kepada golongan berkenaan menjalani kehidupan seperti masyarakat lain.

“Penyediaan parkir khas untuk golongan OKU ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka hidup dalam keadaan yang selesa dan menikmati fasiliti yang disediakan seperti orang lain,” katanya.

Majlis pelancaran parkir khas OKU di hadapan pejabat pentadbira­n SK Andrassy itu telah disempurna­kan oleh Adun Balung Datuk Haji

PARKIR khas OKU yang diletakkan di hadapan pintu masuk utama ke pejabat pentadbira­n SK Andrassy.

Osman Haji Jamal.

Berucap pada majlis berkenaan, Osman berkata OKU merupakan golongan yang istimewa dan mereka memerlukan pelbagai kemudahan untuk mendapat kehidupan lebih selesa dan selamat.

“Saya rasa amat bangga dengan kejayaan sekolah ini kerana berjaya menyediaka­n parkir khas untuk OKU kerana golongan ini juga merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaa­n hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

“Pendekatan pihak sekolah seperti penyediaan parkir khas untuk golongan ini menunjukka­n bahawa warga sekolah ini turut mengangkat martabat serta menghargai golongan berkenaan dan menjadikan sekolah ini sekolah mesra OKU.

“SK Andrassy merupakan antara sekolah di negeri Sabah yang menyediaka­n parkir khas untuk golongan OKU dan ini seharusnya diperluask­an di sekolah lain dalam negeri ini agar semua sekolah mesra OKU,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Haji Darman Shah Haji Asakil, Penolong Kanan 1 Surma Masor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Angela John dan Penolong Kanan Kokurikulu­m (PKKokum) Kassim Matzin.

 ??  ?? OSMAN menyampaik­an ucapan pada majlis perasmian parkir khas OKU.
OSMAN menyampaik­an ucapan pada majlis perasmian parkir khas OKU.
 ??  ?? OSMAN bersama guru-guru SK Andrassy dan Darman Shah.
OSMAN bersama guru-guru SK Andrassy dan Darman Shah.
 ??  ??
 ??  ?? GURU-guru SK Andrassy bergotong royong menyediaka­n parkir khas OKU.
GURU-guru SK Andrassy bergotong royong menyediaka­n parkir khas OKU.
 ??  ?? SAMSON (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Osman.
SAMSON (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Osman.
 ??  ?? OSMAN menurunkan tandatanga­n di papan kenyataan parkir khas OKU.
OSMAN menurunkan tandatanga­n di papan kenyataan parkir khas OKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia