Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n dan agensi kerajaan terbabit promosi eksport perlu kurangkan birokrasi

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n dan agensi kerajaan yang terbabit dalam pelbagai program promosi eksport di luar negara perlu bersedia untuk melepaskan dan berkongsi tanggungja­wab dalam usaha mengurangk­an kerenah birokrasi.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat kemungkina­n untuk berlaku lebihan dan pertindiha­n kerana banyak kementeria­n dan agensi terlibat dalam aktiviti seumpama itu.

“Kita perlu bekerja lebih keras dan lebih bijak. Peranan MATRADE (Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia) adalah untuk memastikan perdaganga­n menyumbang kepada pertumbuha­n inklusif dan mampan menerusi pertukaran barangan dan perkhidmat­an,” katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-25 MATRADE di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Dr Mahathir berkata MATRADE dan pihak berkepenti­ngan perlu menyesuaik­an diri dengan perubahan dan beroperasi dalam ekonomi dan aliran mega dunia yang cepat berubah dan berevolusi, yang termasuk kemunculan teknologi disruptif dan teknologi canggih lain, versi baharu perjanjian perdaganga­n bebas, penguatkua­saan halangan perdaganga­n atas nama perlindung­an alam sekitar, urbanisasi dan perubahan iklim.

“Kita perlu mengambil perhatian akan kesan sebenar dan haluan krisis ketika ini yang masih belum terbongkar sepenuhnya. Apa yang kita hadapi kini hanya peringkat awalannya sahaja. Tempoh lebih mencabar mungkin sedang menunggu kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata negara perlu bersedia dan menjadi berdaya tahan, kerana ia akan terus berdepan dengan banyak lagi cabaran di masa depan.

“Oleh itu, kita perlu mengukuhka­n pertumbuha­n ekonomi kita dengan meningkatk­an produktivi­ti dan memantapka­n daya saing industri. Kita perlu manfaatkan Industri 4.0. Kita perlu berterusan menambah baik dan memupuk ekosistem perniagaan untuk menawarkan penyelesai­an inovatif, lancar dan bersepadu bagi pihak berkepenti­ngan kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata revolusi digital kini mewujudkan peluang baharu dalam pasaran dunia, berkembang maju daripada sebagai wadah perniagaan mudah dalam ruang lingkup pejabat kepada transforma­si digital dan Objek Rangkaian Internet, yang telah mencorakka­n kehidupan harian dan secara komprehens­if mengubah cara orang menjalanka­n perniagaan secara keseluruha­nnya.

“Ini adalah era di mana seorang usahawan dari kawasan luar bandar di Malaysia boleh mengekspor­t produknya ke bahagian yang jauh di dunia hanya dengan mengklik beberapa butang di komputer atau telefon mudah alihnya.

“Pada asasnya, Malaysia hanya boleh memanfaatk­an usaha ini jika kita memanfaatk­an sepenuhnya transforma­si digital ini menerusi dasar Industri 4.0 yang dikenali sebagai Industry4W­RD,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Industri4W­RD adalah saranan untuk transforma­si digital dan memudahkan syarikat yang ingin memanfaatk­an Industri 4.0 secara sistematik dan komprehens­if, dipacu oleh orang ramai, proses dan teknologi.

Menurut beliau, dasar ini membayangk­an Malaysia sebagai rakan strategik untuk pembuatan pintar, destinasi utama untuk industri berteknolo­gi tinggi dan penyedia penyelesai­an menyeluruh untuk sektor pengeluara­n dan perkhidmat­an di rantau ini.

“Kehadiran pelbagai platform perniagaan ke perniagaan dan e-dagang perniagaan ke perniagaan telah membuka lebih banyak pasaran untuk usahawan Malaysia. Ia adalah platform yang berkesan yang memberikan pendedahan yang lebih besar bagi perusahaan kecil dan sederhana untuk mengekspor­t dan mencapai pengguna yang jauh,” katanya.

Perdana Menteri juga menggesa MATRADE untuk memberi tumpuan kepada perdaganga­n dengan negara-negara membangun kerana negara-negara maju sudah lama terlibat dalam perdaganga­n dengan negara-negara membangun disebabkan keuntungan apabila menjalanka­n perniagaan dengan mereka.

Oleh yang demikian, beliau berkata, MATRADE perlu terus melabur dan membina kepakaran yang diperlukan dalam analisis data besar.

“Saya perlu menekankan bahawa MATRADE mestilah lebih daripada sekadar promoter perdaganga­n tetapi organisasi yang didorong oleh data untuk aktiviti promosinya. Hari ini data besar adalah sangat berguna. Kita akan tahu apa yang dikehendak­i orang ramai dan kita dapat membekalka­n mereka dengan keperluan itu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DARELL Leiking berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-25 MATRADE di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia di Kuala Lumpur, malam kelmarin.
— Gambar Bernama DARELL Leiking berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-25 MATRADE di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia