Utusan Borneo (Sabah)

Polis pantau perhimpuna­n ICERD di Jalan Raja Sabtu ini: Fuzi

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau perhimpuna­n ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) di Jalan Raja, di sini, pada Sabtu ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membenarka­n penganjur untuk menggunaka­n lokasi yang telah ditetapkan.

“Polis akan pantau dan akan mengawal keadaan sepanjang perhimpuna­n itu Sabtu ini kerana ia telah mendapat kebenaran DBKL.

“PDRM juga akan keluarkan surat kebenaran untuk perhimpuna­n itu dan berharap semua pihak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesye­n Kolej UniKop di Maktab PDRM di sini, pada Selasa.

Pada Isnin, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya hanya membenarka­n penganjur menggunaka­n Jalan Raja sahaja iaitu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpuna­n dari pukul 2 petang hingga 6 petang.

DBKL telah menerima permohonan daripada penganjur yang terdiri daripada Muafakat (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia), Ummah (Gerakan Pembela Ummah) dan Daulat (Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia) sahaja pada 27 Nov lepas.

Pada 23 Nov lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifika­si ICERD dan akan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetuj­ui wakil semua kaum ketika pembentuka­n negara ini.

Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretaria­t Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya, memaklumka­n perhimpuna­n di Dataran Merdeka pada Sabtu ini tetap diteruskan namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan memaklumka­n Umno akan menyertai perhimpuna­n itu sebagai tanda ‘terima kasih’ terhadap keputusan kerajaan tidak meratifika­si ICERD.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia