Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho berikrar angkat kembali moral United segera

The Red Devils harus menewaskan Arsenal hari ini untuk capai sasaran mustahil tamatkan musim di tempat keempat

-

MANCHESTER, England: Jose Mourinho perlu mengangkat moral pasukannya, Manchester United secepat mungkin ketika beberapa prestasi dan keputusan hambar mengancam memburukka­n lagi kempen mereka tetapi akan berdepan tugas lebih sukar menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

United kelihatan ‘lemah’ di kubu sendiri di Old Trafford untuk setakat musim ini, dengan dua perlawanan terakhir di gelanggang sendiri yang hambar dengan satu perlawanan berkesudah­an dengan seri tanpa jaringan – menentang Crystal Palace dan kemenangan lewat menentang Young Boys dalam Liga Juara-Juara.

Tetapi di gelanggang lawan, mereka kelihatan sudah mengembali­kan prestasi memberangs­angkan dengan mengikat Chelsea di Stamford Bridge dalam Liga Perdana dan menewaskan Juventus di Turin dalam Liga JuaraJuara.

Namun, perlawanan itu tetap tidak mengubah nasib mereka di Old Trafford di mana mereka bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum mengikat Southampto­n, dengan penyerang Romelu Lukaku menjaringk­an gol pertamanya untuk United sejak 15 September. Mourinho mendakwa pemainnya, kecuali Marcus Rashford, beraksi ‘lembik’ dan kurang semangat apa yang beliau panggil “anjing gila”. Menurut Duncan Castles, seorang wartawan yang mempunyai hubungan rapat dengan ejen Mourinho, Jorge Mendes, Mourinho membanding­kan pemain tengahnya, Paul Pogba sebagai “satu virus” selepas satu lagi aksi hambar menentang Southampto­n dengan berkata pemain antarabang­sa Perancis itu kurang menghormat­i rakan sepasukan dan juga penyokong kelab.

Masalah di bilik persalinan United tidak memberikan banyak gambaran tentang tempat yang menggembir­akan menjelang kunjungan Arsenal.

Untuk membuktika­nnya, pemain sayap, Juan Mata, kelihatan enggan menghantar rencana penulisan tetap setiap Isnin pada minggu ini dan sebaliknya mengeluark­an pesanan ringkas yang bermula: “Malangnya, saya merasakan seperti ia bukan masa untuk membuat tulisan.”

Sepanjang musim diselubung­i kekecewaan, Mourinho sudah dan masih dilayan dengan simpati oleh penyokong tempatan, yang merasakan beliau tidak diberikan cukup sokongan pada penutup musim untuk membeli pemain baharu oleh naib pengerusi eksekutif kelab, Ed Woodward.

Kekecewaan beliau kerana tidak dapat membeli pemain pertahanan kelas berkelas dunia sering diketengah­kan tetapi pemilihan barisan pertahanan beliau ketika menentang Southampto­n malah menghairan­kan penyokong setianya.

Dengan Chris Smalling dan Eric Bailly tidak cergas, Mourinho memilih menurunkan dua pemain tengah – Scott McTominay dan Nemanja Matic – di posisi tiga pemain pertahanan tengah menentang lawan yang belum menang di tempat sendiri sepanjang musim ini dan strategi itu tidak berhasil.

Kegagalan untuk menang di Southampto­n menjejaska­n lagi peluang United untuk memburu empat tangga teratas liga untuk kelayakan ke Liga JuaraJuara pada musim hadapan dan Mourinho sendiri kelihatan percaya bahawa sekarang satu kemungkina­n di mana pasukannya akan terus ketinggala­n lapan mata di belakang lawan mereka hari ini, yang berada di tangga keempat liga.

Ditanya oleh sebuah penyiaran dari Brazil tentang apa sasaran beliau pada baki musim, Mourinho berkata: “Cuba untuk mendapatka­n seberapa banyak mata yang saya mampu dan cuba untuk mencapai sesuatu

yang hampir mustahil dengan menamatkan musim di tempat keempat.

“Tahun lepas, saya berkata menamatkan saingan di tempat kedua adalah sesuatu yang hebat kerana kualiti yang kami ada berbanding dengan kualiti pasukan lain yang bersaing untuk empat tangga teratas. Dan tahun ini, dengan lebih banyak masalah yang kami ada, ia membuktika­n apa yang saya katakan.”

Arsenal, seperti United, tidak banyak berbelanja pada penutup musim dengan membawa Bernd Lenon, Sokratis Papastatho­poulos, Lucas Torreira dan Matteo Guendouzi untuk jumlah yang kecil, namun kelihatan sudah kembali menyerlah di bawah bimbingan jurulatih baharu, Unai Emery.

Mereka sudah mengharung­i 19 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an sejak tewas pada dua perlawanan pertama musim ini dan bermain jenama bola sepak menyerang yang menarik.

Menurut pemain tengahnya, Torreira, kata-kata pengurus memberikan banyak impak kepada pasukan – seperti ketika bercakap pada masa rehat sebelum Arsenal bangkit dari ketinggala­n 1-2 untuk menang 4-2.

“Beliau memberitah­u kami untuk bertenang,” kata Torreira. “Kami mendengar pengurus dan kami memperbaik­i banyak perkara. Ia berhasil untuk mendapatka­n kemenangan.”

“Cuba untuk mendapatka­n seberapa banyak mata yang saya mampu dan cuba untuk mencapai sesuatu yang hampir mustahil dengan menamatkan ” musim di tempat keempat.

Jose Mourinho Pengurus Manchester United

 ?? — Gambar AFP ?? POGBA (kanan)melakukan terjahan keras ke atas pemain Southampto­n, Mario Lemina ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan liga di Stadium St Mary’s, Southampto­n Sabtu lepas.
— Gambar AFP POGBA (kanan)melakukan terjahan keras ke atas pemain Southampto­n, Mario Lemina ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan liga di Stadium St Mary’s, Southampto­n Sabtu lepas.
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia