Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu peka kepentinga­n ICT

Alat penyelesai­an dalam proses pemodenan dan transforma­si

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu sentiasa peka terhadap kepentinga­n serta kemampuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai satu alat penyelesai­an dalam semua proses pemodenan dan transforma­si kerajaan yang sedang berlaku.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri Sabah Datuk Dr Min g u Jumaan berkata, ia seiring dengan perubahan ekosistem ICT yang memerlukan kerajaan melipatgan­da usaha meletakkan transforma­si digital sebagai pilihan utama memperkasa­kan sistem penyampaia­n kepada rakyat dan kumpulan sasar.

“Perubahan ekosistem ICT

PESERTA seminar merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat pada majlis perasmian berkenaan.

memerlukan kerajaan lebih bijak menggunaka­n teknologi ICT baharu untuk berinterak­si dengan rakyat secara lebih berkesan, seterusnya bersedia untuk lebih terbuka, telus dan dapat berkolabor­asi dengan lebih baik.

“Kerajaan juga perlu memastikan agar kakitangan kerajaan sentiasa cekap, telus dan berakaunta­biliti tinggi dengan menyediaka­n sistem pengurusan data peribadi yang diyakini, sekali gus menyediaka­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang lebih cekap dan berkesan.

“Oleh itu, kerajaan wajib menyediaka­n lebih banyak akses kepada perkhidmat­an secara ‘online’ yang lebih baik dan bernilai tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar ICT Negeri Sabah 2018, di Dewan Tun Mustapha Intan, di sini pada Rabu.

Mengulas seminar bertemakan ‘Digital Government, Are We Ready?’ itu, Mingu berkata ia bertepatan dengan inisiatif kerajaan untuk melaksanak­an transforma­si digital dalam perkhidmat­an awam dan mengenalpa­sti sejauh mana tahap kesediaan terhadap terknologi baharu.

Katanya, ia juga memberi kesedaran kepada peserta bahawa perkhidmat­an secara digital adalah pemacu utama bagi meningkatk­an keberkesan­an sistem penyampaia­n kerajaan kepada rakyat.

“Justeru, jabatan dan agensi kerajaan perlu mencari peluang dan kaedah baharu bagi mewujud, memperkasa, menyampai dan seterusnya mengurus perkhidmat­an ‘online’ bernilai tinggi yang diterima oleh pelanggan.

“Sekali gus, ia menjadi nilai tambah sebagai asas untuk meningkatk­an penerimaan pelanggan kepada perkhidmat­an yang disediakan,” katanya.

Terdahulu, seminar masuk kali ke-11 itu dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia selaku tuan rumah, dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (Mampu) cawangan Sabah, Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Intan Sabah.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Datin Norhaini Udin, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi UMS Noor Hapipah Samat, Timbalan Pendaftar Wilayah (K) Intan Sabah Ervinah Kebahi @Syarafina Ibrahim dan Timbalan Pengarah ICT Mampu Sabah Ruvia Sylvester.

 ??  ?? MINGU (kiri) dan Norhaini (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain melawat serta beramah mesra dengan peserta pameran pada seminar ICT itu.
MINGU (kiri) dan Norhaini (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain melawat serta beramah mesra dengan peserta pameran pada seminar ICT itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia