Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sabah wajar pertahan perpaduan: Jamawi

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS (dua kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian majlis itu.

KEMABONG: Walaupun terdapat beberapa usaha pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba menghasut dan memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini, rakyat khususnya di negeri Sabah wajar mempertaha­nkan perpaduan di Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata kerajaan yang dipimpin Warisan akan terus berusaha untuk memastikan perpaduan terus kukuh.

“Pilihan raya telah berlalu yang mana rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan baharu yang diterajui oleh Warisan. Justeru, kita telah meletakkan fokus kepada usaha membangunk­an negeri serta menjaga perpaduan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Sukan dan Permainan di Kampung Sapong, di sini pada Rabu.

Turut hadir ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kemabong Burnley Balang.

Dalam pada itu, Jamawi berkata negeri lain perlu mencontohi semangat perpaduan di Sabah memandangk­an lebih 37 suku kaum di negeri ini mampu kekal hidup harmoni dengan satu sama lain.

“Tidak dinafikan ada usaha pihak berkepenti­ngan yang cuba pecah-belahkan perpaduan yang sedia terjalin ini namun kita yakin majoriti rakyat mahukan kehidupan yang harmoni,” katanya.

Mengulas lanjut, Jamawi berkata tanpa perpaduan sudah tentu sebarang program yang dilaksanak­an tidak akan berjaya.

Malah katanya, kerajaan juga akan menghadapi kesukaran untuk menyalurka­n sebarang program pembanguna­n untuk kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat jika tiada kesefahama­n.

“Apa saja program yang dianjurkan oleh komuniti setempat ianya memerlukan semangat muafakat. Justeru, saya minta supaya rakyat terus memelihara perpaduan ini demi kebaikan semua,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI
 ??  ?? PENGANJUR menyampaik­an cenderahat­i kepada Jamawi (dua kanan).
PENGANJUR menyampaik­an cenderahat­i kepada Jamawi (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia