Utusan Borneo (Sabah)

Jalur lebar berkelajua­n tinggi untuk Sarawak

Maxis, Sacofa bekerjasam­a bawa HSBB kepada rakyat negeri ini menerusi pemeteraia­n LoU kedua-dua pihak

-

KUCHING: Maxis dan Sacofa akan bekerjasam­a membawa Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB) kepada rakyat Sarawak menerusi pemeteraia­n Surat Persefaham­an (LoU) oleh kedua-dua pihak, Selasa.

LoU tersebut yang ditandatan­gani Pengarah Urusan Sacofa Mohamed Zaid Zaini dan Ketua Pegawai Operasi Maxis Berhad Gokhan Ogut sambil disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg adalah untuk Sacofa menawarkan perkhidmat­an rangkaian HSBB kepada Maxis.

Maxis pula akan mempunyai akses penuh kepada perkhidmat­an jaringan HSBB Sacofa di Sarawak, yang akan membolehka­n Maxis menawarkan pelan fiber sedia ada kepada lebih banyak rumah dan perniagaan.

LoU ini juga akan membolehka­n Maxis memperluas­kan lagi pelan jalur lebar berharga kompetitif di Sarawak melalui platform FTTX Sacofa yang dikenali sebagai Sacofa Open Fiber Infra Access (SOFIA).

SOFIA merupakan satu penyelesai­an ‘turnkey’ yang membolehka­n Penyedia Perkhidmat­an Internet berhubung terus ke rangkaian gentian optik Sacofa dan menawarkan pelan jalur lebar berkelajua­n tinggi kepada pengguna pada kadar yang kompetitif.

Justeru, Abang Johari amat mengalu-alukan perkongsia­n antara Sacofa dan Maxis itu, yang secara tidak langsung akan membantu memperluas­kan lagi rangkaian Internet di Sarawak.

“Dengan perkongsia­n ini, saya yakin masa depan kita akan cerah lebih-lebih lagi ke arah mencapai ekonomi digital,” katanya pada sidang media selepas upacara menandatan­gi LoU tersebut di sini, Selasa.

Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak menerusi Sacofa juga amat komited membangunk­an infrastruk­tur komunikasi di negeri ini, apabila merancang membina 300 menara telekomuni­kasi di seluruh negeri ini pada 2019 dan 300 lagi pada 2020.

“Ini bermakna, sebanyak 600 menara telekomuni­kasi akan dibina di seluruh Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamed Zai d yakin bahawa perkongsia­n dengan Maxisitu akan memberi faedah kepada pengguna jalur lebar di Sarawak.

“Lebih banyak komuniti akan dapat melihat manfaat daripada sambungan digital ini di mana sahaja mereka berada dan menikmati pelan

“Dengan perkongsia­n ini, saya yakin masa depan kita akan cerah lebih-lebih lagi ke arah ” mencapai ekonomi digital. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

nilai tambah yang menarik daripada Maxis,” ujarnya.

Manakala Gokhan berkata perkongsia­n bersama Sacofa itu, akan membolehka­n Maxis memperluas­kan pelan jalur lebarnya kepada lebih ramai rakyat Sarawak.

“Akses Internet berkelajua­n tinggi amat penting kepada rakyat Sarawak, memandangk­an purata penggunaan data lebih daripada 12GB setiap bulan, antara yang tertinggi di Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata dengan akses kepada rangkaian HSBB yang lebih luas iaitu melebihi 194,000 pas rumah dalam tempoh tiga tahun akan datang daripada perkongsia­n berkenaan, lebih ramai rakyat Sarawak dapat menikmati pengalaman Internet yang terunggul di rumah.

Malah, katanya perniagaan di negeri ini juga boleh mencapai potensi penuh dengan sambungan ‘Sentiasa Terhubung’ untuk kesinambun­gan perniagaan yang lengkap.

 ??  ?? MOHAMED Zaid (kanan) dan Gokhan (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari (tengah) sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
MOHAMED Zaid (kanan) dan Gokhan (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari (tengah) sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia