Utusan Borneo (Sabah)

Syvester Stallone umum akan bersara sebagai Rocky

-

SELEPAS lebih empat dekad dan lapan buah filem, pelakon Sylvester Stallone berkata dia akhirnya menggantun­g sarung tangan Rocky.

Dalam satu video yang dia kongsikan dalam Instagram bar-baru ini, pelakon berusia 72 tahun itu berkata dia bersedia untuk berhenti membawa watak ikonik itu, dan merujuk kepada penampilan­nya yang terbaharu dalam filem yang baharu dikeluarka­n ‘Creed II’ sebagai “rodeo terakhir” baginya.

“Saya sangka Rocky berakhir pada 2006 dan saya sangat gembira dengan perkara itu,” katanya dalam video itu.

“Dan kemudian tiba-tiba, pemuda ini mengemukak­an diri dan seluruh cerita berubah,” ujarnya, yang merujuk kepada seorang lagi bintang dalam filem ‘Creed’, Michael B. Jordan.

“Ia disambung kepada generasi baharu, masalah baharu, kembara baharu.”

Filem-filem ‘Creed’ merupakan kesinambun­gan kepada kisah Rocky, yang menceritak­an tentang juara bersara itu tatkala dia berdepan dengan usia pertengaha­n dan melatih seorang ‘protege’ baharu.

Stallone berkata dia tidak mungkin lebih gembira lagi mengenai perkembang­an drama Rocky yang bermula pada 1976 dan menceritak­an tentang kehidupan peninju ‘underdog’ yang berani itu.

“Tatkala saya melangkah ke belakang, tatkala kisah saya telah diceritaka­n, dunia yang baharu sama sekali akan terbuka bagi penonton, bagi generasi ini,” katanya dan menambah ia terpulang kepada Jordan sekarang untuk “membawa mantel”.

Stallone berkata video itu, yang dipercayai difilemkan di sebuah pantai, bersebelah­an dengan unggun api, dirakamkan pada hari terakhir pembikinan ‘Creed II’. Di dalamnya, dia bercakap kepada beberapa pelakon dan kru di set penggambar­an filem tersebut.

Dalam satu pesanan dalam Instagram yang mengiringi video itu, Stallone berkata dia sedih untuk meninggalk­an watak itu tetapi masanya sudah tiba untuk membuka lembaran baharu.

“Ia adalah satu penghormat­an yang mutlak bagi saya untuk dapat mencipta dan membawa watak yang bermakna ini,” dia menulis.

“Walaupun ia menyayat hati saya, sedihnya semua perkara mesti berlalu ... dan berakhir.”

Filem Rocky yang pertama memenangi tiga Anugerah Akademi bagi filem terbaik, pengarah terbaik dan penyunting­an filem terbaik. Stallone sudah dicalonkan sebanyak tiga kali untuk anugerah Oscar bagi wataknya dalam siri Rocky, tetapi anugerah yang diidam-idamkan itu sentiasa mengelakny­a. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia