Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia rasmi laluan baharu Kuching-Tawau

Satu-satunya penerbanga­n yang menghubung­kan Kuching-Tawau, beroperasi empat kali seminggu

-

“Sehingga kini, kami telah menerbangk­an lebih 3.8 juta orang tetamu ke dan dari Kuching serta 1.1 juta orang tetamu ke dan dari Tawau, yang menyaksika­n peningkata­n sebanyak 19 peratus dan 30 peratus dari lepas.” tahun

RIAD ASMAT

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia

KUCHING: AirAsia semalam meraikan perkhidmat­an laluan dari Kuching ke Tawau, menjadikan­nya satu-satunya syarikat penerbanga­n yang menghubung­kan ibu negeri Sarawak ke bandar ketiga terbesar di Sabah.

Penerbanga­n empat kali seminggu tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada jam 10.50 pagi dan dinaiki oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta Pengarah Perhubunga­n Kerajaan AirAsia Zamani Rafique dan pegawai-pegawai lain.

Setibanya di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.45 tengah hari, pesawat tersebut disambut dengan pancuran air dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, pihaknya berbesar hati untuk merasmikan perkhidmat­an baharu dari Kuching ke Tawau semalam yang merupakan sebahagian daripada komitmen mereka untuk meningkatk­an rangkaian di Malaysia Timur.

“Sehingga kini, kami telah menerbangk­an lebih 3.8 juta orang tetamu ke dan dari Kuch- ing serta 1.1 juta orang tetamu ke dan dari Tawau, yang menyaksika­n peningkata­n sebanyak 19 peratus dan 30 peratus dari tahun lepas dan kami jangka angka ini akan terus meningkat dengan laluan baharu ini,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Pengangkut­an kerana meluluskan laluan ini dan laluan Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS) AirAsia yang akan datang dengan kekerapan dua kali setiap hari iaitu Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu yang boleh ditempah mulai hari ini (semalam) dan bakal beroperasi pada 1 Januari 2019.

“Kami menjangkak­an laluan baharu ini terus menyumbang kepada ketibaan pelancong di Malaysia Timur. Malah, kami juga ingin merakamkan penghargaa­n kepada kedua-dua kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dan lembaga pelanconga­n atas sokongan mereka dan kami berharap dapat bekerjasam­a dengan mereka untuk membangunk­an semua destinasi ini untuk menjadi tempat pelanconga­n yang bernilai tinggi,” katanya.

Sementara itu Christina berkata, penerbanga­n AirAsia Kuching-Tawau merupakan usaha yang baik selari dengan usaha kementeria­n untuk mem- promosikan sektor pelanconga­n di Pantai Timur Sabah khususnya Sandakan dan Tawau.

“Kami sedang dalam proses untuk memanfaatk­an potensi Tawau sebagai satu lagi destinasi percutian utama bagi pelancong domestik dan asing melalui 30 pakej pelanconga­n yang dilancarka­n awal tahun ini,” katanya.

Untuk meraikan perkhidmat­an baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa daripada serendah RM49 sama ada dari Kuching atau Tawau.

Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 15 Disember 2018 untuk perjalanan segera hingga 16 Disember 2019.

AirAsia juga menawarkan tempat duduk percuma untuk laluan Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu.

Promosi ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 16 Disember 2018 untuk perjalanan antara 1 Januari 2019 dan 4 Februari 2020.

AirAsia Malaysia (kod penerbanga­n AK) kini terbang ke 12 destinasi dari Kuching - Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru, Bintulu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Shenzhen, Pontianak dan Singapura.

Syarikat penerbanga­n ini juga terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

 ??  ?? ABDUL Karim dan Christina bersama tetamu lain merakamkan kenangan pada majlis perasmian perkhidmat­an laluan AirAsia dari Kuching ke Tawau semalam.
ABDUL Karim dan Christina bersama tetamu lain merakamkan kenangan pada majlis perasmian perkhidmat­an laluan AirAsia dari Kuching ke Tawau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia