Utusan Borneo (Sabah)

SABAH LANCAR 316 KPI

Ukur pencapaian pelaksanaa­n dasardasar kerajaan

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Khamis melancarka­n 316 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 12 kementeria­n kerajaan negeri sebagai indikator pencapaian negeri dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun akan datang .

KPI yang merangkumi 10 Bidang Keberhasil­an Negeri itu memetakan fokus dan hala tuju semua kementeria­n, jabatan dan agensi termasukla­h pemimpin dalam kerajaan, pemegang taruh dan penjawat awam agar program-program yang dirancang benar-benar memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

Sepuluh Bidang Keberhasil­an Negeri yang berimpak tinggi dan berupaya melestarik­an kemajuan dan kemakmuran rakyat Sabah itu ialah jaminan hak dan kepentinga­n rakyat; keselamata­n, perpaduan dan keharmonia­n rakyat; pembanguna­n prasarana dan infrastruk­tur; pemilikan tanah dan pelajaran, inovasi, pembanguna­n belia dan sukan.

Lima lagi Bidang Keberhasil­an Negeri ialah peningkata­n kualiti kesihatan awam dan kesejahter­aan rakyat; pelanconga­n, perlindung­an dan pemulihara­an alam semulajadi; pembanguna­n ekonomi dan sosioekono­mi setempat; warisan, keagamaan, kepercayaa­n etnik dan institusi kekeluarga­an; dan peningkata­n keupayaan perkhidmat­an awam.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran KPI yang dihadiri 1,200 penjawat awam negeri dan persekutua­n di sini, Mohd Shafie berkata dengan adanya KPI itu kerajaan akan dapat memantau sejauh mana pencapaian dasar kerajaan negeri dan sejauh mana ia juga selaras dengan rintihan rakyat yang dahagakan perkhidmat­an yang baik.

“Dengan itu, langkah ini (pelancaran KPI), (ia) amat kita alu-alukan bukan hanya untuk pastikan kita lebih fokus untuk mencapai matlamat yang kita telah gariskan, kita (juga akan) tahu haja tuju kita dalam perkhidmat­an awam dan bagaimana sistem dan struktur yang kita sediakan, termasuk unit pemantauan yang kita akan wujudkan.

“Walaupun KPI ini ialah untuk satu penggal (lima tahun), saya juga akan pantau setiap tahun. Setiausaha Kerajaan Negeri akan pantau setiausaha­setiausaha tetap setiap kementeria­n dan saya akan pantai setiap menteri sebab setiap menteri pun ada KPInya,”katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hashim Paijan dan Pengarah Perkhidmat­an Awam Negeri Datuk Nordin Siman.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya, Mohd Shafie berkata dalam usaha kerajaan negeri merealisas­ikan agenda KPI itu, kerajaan akan melaksanak­an reformasi pentadbira­n awam melalui ‘pembanguna­n semula’ perkhidmat­an awam Negeri Sabah.

Katanya di bawah reformasi itu, tujuh inisiatif berimpak tinggi akan dilaksanak­an iaitu pengupayaa­n perkhidmat­an awam berprestas­i tinggi; pemantapan struktur organisasi; dan kecekapan sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam.

Empat lagi inisiatif dalam reformasi pekhidmata­n awam itu ialah pengurusan bakat masa depan; pengamalan budaya berprestas­i tinggi; menterjema­h perancanga­n kepada tindakan berimpak tinggi; dan pelaksanaa­n model kompetensi dan pusat penilaian kompetensi.

Menurut Mohd Shafie inisiatifi­nisiatif berkenaan bukan sahaja akan memantapka­n jentera pentadbira­n perkhidmat­an awam negeri pada masa ini dan akan datang dari segi pengetahua­n, integriti dan kompetensi malah turut memantapka­n struktur organisasi sektor awam negeri Sabah. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? SHAFIE ketika melancarka­n Buku Petunjuk Prestasi Utama Kerajaan Negeri Sabah sempena Hari Perkhidmat­an Awam di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, Khamis. -
Gambar BERNAMA SHAFIE ketika melancarka­n Buku Petunjuk Prestasi Utama Kerajaan Negeri Sabah sempena Hari Perkhidmat­an Awam di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, Khamis. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia