Utusan Borneo (Sabah)

Polis kumpul maklumat kes tembak tekong di Pegasus Reef

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis giat mengumpul maklumat berkenaan tekong warga Indonesia yang cedera ditembak sekumpulan lelaki lengkap bersenjata semasa menaiki kapal di perairan Pegasus Reef Kinabatang­an jam 6.30 petang Rabu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata semasa kejadian mangsa dikenali sebagai Didy Saviady bersama 13 lagi kru masing-masing dua warga tempatan dan 10 yang lain adalah warga Indonesia menaiki Tag Bot Magtrans II dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak menuju ke Papua New Guinea.

“Mereka kemudianny­a didatangi sebuah bot berkuasa besar berwarna hitam dinaiki empat individu yang memegang senjata panjang menyerupai M16 sebelum melepaskan tembakan secara rambang sebanyak dua kali dan salah satu tembakan terkena bahagian paha kiri mangsa.

“Kesemua kru kapal kemudianny­a bersembuny­i di dalam dan mengunci pintu kapal, pada masa sama empat suspek lelaki bertindak naik ke anjungan kapal,” katanya.

Menurutnya mangsa yang berada di tingkat tiga kapal ketika itu segera melepaskan tembakan ‘Parasut Signal’ terhadap suspek berpakaian gelap sebanyak 10 kali menyebabka­n kesemua suspek terjun ke laut sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Omar berkata pihaknya kini masih mengumpulk­an maklumat dan mengenalpa­sti jika terdapat sebarang tebusan yang dilarikan semasa kejadian berikutan suspek turut menyerang beberapa bot lain di kawasan berhampira­n.

“Kita masih menyiasat jika suspek ada melarikan individu semasa melakukan serangan seterusnya di bot kedua yang berada berhampira­n lokasi kejadian,” katanya.

Sementarai­tu,KomanderKa­wasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali berkata tekong berumur 40-an itu berada dalam keadaan selamat buat masa ini.

“Selepas diselamatk­an, tekong yang cedera di bahagian paha dibawa ke Jeti Tambisan Lahad Datu sebelum dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk menerima rawatan selanjutny­a.

“Kru yang lain ditempatka­n di Jeti Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut termasuk mengambil keterangan berhubung kejadian semalam,” katanya.

Pihaknya masih menjalanka­n siasatan bagi mengenalpa­sti motif kejadian sama ada cubaan merompak atau culik.

 ??  ?? TEKONG bot dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Lahad
Datu.
TEKONG bot dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.
 ??  ?? BOT tunda yang dinaiki mangsa bersama 12 kru lain.
BOT tunda yang dinaiki mangsa bersama 12 kru lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia