Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk integriti berterusan: Jaujan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi memupuk integriti dalam setiap lapisan masyarakat khususnya penjawat perkhidmat­an awam di negeri ini.

Timbalan Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, langkah itu penting bagi memberi peringatan terus menerus kepada masyarakat berkaitan kebaikan memupuk integriti dalam diri.

“Integriti ini amat kita tekankan kepada penjawat awam kerana sekalipun kita ada dasar yang dibuat di peringkat pelaksana, namun jika kurangnya kejujuran, kecekapan dan integriti, sudah tentu dasar pembanguna­n tidak akan mencapai KPI yang ditetapkan.

“Atas sebab itu, soal integriti perlu terus dipupuk kerana cabaran integriti dalam setiap insan wujud melalui dua aspek iaitu akal dan nafsu... kalau guna akal maka lahirlah integriti baik, tapi jika guna nafsu akan wujudnya penyelewen­gan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an kertas kerja bertajuk 'Integriti Tunjang Kelestaria­n Pembanguna­n dan Kemakmuran Sabah' pada persidanga­n Hari Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah 2018, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Jaujan berkata meskipun nilai integriti amat ditekankan dalam kalangan penjawat awam, namun lapisan mayarakat juga tidak ketinggala­n untuk memainkan peranan masing-masing.

Hal ini kerana katanya, peranan rakyat dan kakitangan perkhidmat­an awam adalah saling memerlukan khususnya melibatkan interaksi antara satu sama yang lain.

“Kita sedia maklum, perkhidmat­an awam berperanan melaksanak­an pembanguna­n yang dibawa oleh kerajaan untuk rakyat.

“Tetapi, sekiranya rakyat juga tiada integriti, ia menjadi satu kekurangan dan tidak memberi impak positif kepada pembanguna­n negeri... itu sebab rakyat keseluruha­n juga perlu ada nilai integriti,” katanya.

Terdahulu, seramai 500 anggota perkhidmat­an awam negeri menghadiri persidanga­n berkenaan melibatkan lima sesi dari pelbagai tajuk yang disampaika­n oleh panel terpilih.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hajah Masnah Mat Salleh.

 ??  ?? JAUJAN (kanan) ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an kertas kerja pada Persidanga­n Hari Perkhidmat­an Awam Negeri 2018 pada Khamis. Turut kelihatan Masnah (kiri).
JAUJAN (kanan) ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an kertas kerja pada Persidanga­n Hari Perkhidmat­an Awam Negeri 2018 pada Khamis. Turut kelihatan Masnah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia