Utusan Borneo (Sabah)

Upko Ranau masih berdiri teguh di belakang presiden parti

-

KOTA KINABALU: Pemergian Ketua Pemuda Upko Ranau Jackson Musi tidak akan menjejaska­n perjuangan parti khususnya di Ranau dan Sabah amnya.

Timbalan Ketua Pemuda Upko Ranau Eldy Yakin berkata, kenyataan Jackson bahawa Upko Ranau kini kehilangan sokongan di Ranau adalah tidak benar, sebaliknya parti itu masih sangat utuh dan masih relevan di bahagian itu.

Beliau juga menafikan bahawa 22 daripada 29 ahli jawatankua­sa Pemuda Upko Ranau telah meninggalk­an parti bersama Jackson.

“Sebenarnya, hanya lapan yang mengikuti Jackson dan sebahagian daripada mereka berbuat sedemikian separuh hati kerana mereka masih percaya pada perjuangan Upko dan kepimpinan presiden parti Datuk Seri Wilfred Madius Tangau,” katanya.

Katanya, beliau telah menghadiri mesyuarat pergerakan itu yang dipengerus­ikan oleh Jackson sebelum membuat pengumuman pada Rabu.

“Semasa mesyuarat, saya jelas menyatakan pendirian saya dan ketika itu saya menghormat­i keputusann­ya, tetapi kebanyakan kami tetap setia kepada Upko kerana masih relevan dan parti masih melakukan apa saja untuk membantu rakyat melalui platform semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Eldy juga mempersoal­kan kenyataan Jackson yang mengatakan dia keluar dari Upko kerana telah kehilangan keyakinan terhadap bahagian dan kepimpinan parti.

“Dia cakap dia keluar parti kerana dia tidak lagi percaya pada Upko, tetapi pada masa yang sama, dia mahu menjadi ‘mesra kerajaan’.

“Apa ini? Tidakkah Upko menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri sekarang?” katanya.

Katanya terpulang kepada Jackson untuk membuat keputusan sendiri tetapi untuk pemuda lain di Ranau, mereka tetap berjuang bersama Upko.

“Kami sangat selesa dengan Upko dan kepimpinan sekarang, terutamany­a Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian.

“Upko tidak pernah menyimpang dari objektif asalnya, keutamaan dan paling penting untuk membantu masyarakat,” katanya.

Eldy yang kini menjadi pemangkuKe­tuaPemudaU­pko Ranau berkata Jackson cuba membuat alasan meninggalk­an Upko tetapi tidak dapat menyangkal sumbangan besar parti kepada masyarakat.

Menurut beliau, Upko juga mempunyai kelebihan kerana ia mempunyai banyak pemimpin muda yang dilatih sebagai pelapis seterusnya melalui pergerakan Komulakan dan Pemuda.

Justeru, beliau menggesa ahli Upko di Ranau, terutamany­a golongan belia, untuk bersama dan kekal bersatu.

“Kepentinga­n rakyat dan negara jauh lebih besar daripada mana-mana daripada kita. Oleh itu, saya menyeru semua pemuda supaya tetap teguh dengan perjuangan parti dan terus melaksanak­an tanggungja­wab menerusi kepemimpin­an yang berprinsip.

“Kami juga memberi sokongan berterusan kepada kepimpinan parti terutama Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Ketua Pemuda Kebangsaan Upko Felix Joseph Saang, Ketua Bahagian Upko Ranau Datuk Ewon Ebin dan Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir,” katanya.

 ??  ?? ELDY (kiri) bersalaman dengan Jackson (kanan) semasa menghadiri mesyuarat Pemuda Upko Ranau pada Rabu.
ELDY (kiri) bersalaman dengan Jackson (kanan) semasa menghadiri mesyuarat Pemuda Upko Ranau pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia