Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sabah sedia dana bantu usahawan muda, luar bandar

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri ada menyediaka­n peruntukan khas bagi menggalakk­an pembanguna­n dan pengembang­an keusahawan­an dalam kalangan golongan muda, termasuk usahawan luar bandar.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak menyalurka­n peruntukan yang diurus kementeria­nnya itu sekiranya usahawan dan bakal usahawan berkenaan berpotensi untuk maju lebih jauh dalan perniagaan diceburi mereka.

“(Penyediaan peruntukan) ini langkah awal untuk memberi usahawan muda, khususnya di luar bandar untuk berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pameran dan jualan produk keluaran Sabah di sini hari ini.

Mohd Shafie, bagaimanap­un berkata pemohon atau bakal usahawan berkenaan perlu memenuhi syarat atau kriteria tertentu, termasuk memiliki kesungguha­n serta rekod pencapaian baik dalam bidang perniagaan mereka bagi memastikan peruntukan diberikan benar-benar bermanfaat dan tidak disalah gunakan.

“Kita tidak boleh beri bantuan kepada mereka yang hari ini buka perniagaan, keesokan harinya dia tutup kedai...pemohon perlu ada kriteria membolehka­n kita mendorongm­erekauntuk­terus terlibat dalam perniagaan,” katanya.

Sebagai contoh katanya, pemohon mungkin perlu membuktika­n keaktifann­ya secara berterusan dalam perniagaan dalam tempoh tertentu dan bidang perniagaan itu berupaya menyediaka­n peluang pekerjaan kepada orang lain.

Terdahulud­alamucapan­nya, Mohd Shafie mengajak usahawan kecil dan sederhana tempatan agar mengubah cara berfikir mereka dalam usaha mengembang­kan perniagaan dengan bijak memilih perkara yang perlu diberi keutamaan.

Katanya keuntungan diperoleh seharusnya dilaburkan semula untuk mengembang­kan lagi perniagaan dan bukan membeli sesuatu untuk menunjukka­n kemewahan sehingga membebanka­n diri dan menjejaska­n daya saing perniagaan.

“Membina jaringan perniagaan juga adalah penting...usahawan perlu bantu membantu. Dalam perniagaan tidak boleh sendirisen­diri. Usahawan yang sudah berjaya perlu melabur (dalam sektor yang boleh mencipta peluang pekerjaan),” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia