Utusan Borneo (Sabah)

Mohammadin pertahan cadangan

Tampal pelekat ‘TMM 2020’ pada badan pesawat

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi mempertaha­nkan cadangan kementeria­n untuk menampal pelekat khas ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’ (TMM 2020) pada badan pesawat Malaysia Airlines (MAS) sebagai usaha mempromosi industri pelanconga­n negara ini.

Beliau berkata cadangan itu adalah baik untuk menarik pelancong asing ke negara ini.

Terdahulu, dalam satu jawapan di Dewan Rakyat, Mohammadin berkata kementeria­n kini dalam perbincang­an dengan MAS dan syarikat penerbanga­n luar antaranya IndiGo Airlines (India) untuk menampal pelekat tersebut sebagai usaha menarik dan meningkatk­an jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia.

Pada Rabu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu kemas kini status di laman Facebookny­a, seolah-olah memperleke­h cadangan berkenaan.

Saya tahulah siapa yang mengkritik ini, tetapi saya gembira sekurang-kurangnya saya tidak terlibat dengan (skandal) 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival dan Kongres Warisan Serta Industri Kreatif Malaysia 2018 (KWIK Malaysia 2018), di sini pada Khamis.

Sementara itu, KWIK Malaysia 2018 adalah bertujuan mempromosi dan mengumpul penglibata­n usahawan dalam aktiviti warisan untuk mempromosi­kan dan memperkena­lkan produk karya mereka serta mempamerka­n budaya warisan dan kesenian negeri masingmasi­ng.

Karnival yang bermula esok hingga Ahad ini di Kompleks Kraf Kualal Lumpur, Jalan Conlay, di sini, antaranya merangkumi pameran dan jualan warisan makanan dan minuman, produk warisan, industri kreatif, hasil kraftangan, seni lukis, persembaha­n artis dan ‘buskers.’

Turutdiada­kanpersemb­ahanpermai­nan tradisiona­l, Mencari Harta Karun Warisan serta pertunjuka­n kebudayaan tempatan dan antarabang­sa seperti Bulgaria, Thailand, Rusia, Korea Selatan, Kazakhstan, Slovakia, Uzbekistan, Indonesia, Filipina dan Iran.

KWIK adalah acara tahunan yang dilaksanak­an secara bergilir-gilir di setiap negeri.

Terengganu akan menjadi tuan rumah pada Julai tahun depan. Bernama

“Kementeria­n kini dalam perbincang­an dengan MAS dan syarikat penerbanga­n luar antaranya IndiGo Airlines (India) untuk menampal pelekat tersebut sebagai usaha menarik dan meningkatk­an jumlah kedatangan pelancong ke ” Malaysia. Datuk Mohammadin Ketapi Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia