Utusan Borneo (Sabah)

Kemasukan 600 anggota baharu JIM atasi masalah kekurangan anggota

-

BUTTERWORT­H: Kira-kira 600 anggota baharu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melapor diri tahun depan bagi mengatasi masalah kekurangan anggota jabatan itu di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarah JIM Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Beliau berkata pengambila­n anggota baharu itu melibatkan jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 dan Pegawai Imigresen (KP19).

“Pada masa ini, kita ada hampir 15,000 perjawatan dalam JIM dan sudah tentu dari masa ke masa kita membuat pengambila­n.Baru-baruini,kita telah mengambil sejumlah 217 orang di bawah gred KP29 dan mereka kini sedang menjalani Kursus Asas Imigresen di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson.

“Di samping itu, insyaAllah pada awal Februari tahun depan kita akan membuat pengambila­n anggota bagi gred KP19 seramai 400 orang lagi yang mana urusan temuduga ini telah selesai kita laksanakan dan mereka akan lapor diri pada awal Februari depan dan menjalani kursus asas di Port Dickson,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Imigresen yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin, di sini hari ini.

Abdul Halim berkata kesemua anggota baharu itu akan ditempatka­n di bahagian kaunter perkhidmat­an, operasi dan pintu masuk utama di seluruh negara.

“Dengan pertambaha­n jawatan ini, kita akan cuba untuk mengatasi masalah kekurangan pegawai di negerinege­ri termasuk di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor dan juga di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kita harap dengan pengisian anggota ini, sedikit sebanyak dapat membantu Jabatan Imigresen negeri-negeri melaksanak­an tugas mereka dengan lebih lancar terutamany­a di bahagian penguatkua­saan dan operasi,” katanya.

Sementara itu, Abdul Halim berkata kutipan hasil JIM pada tahun lepas adalah sebanyak RM4.4 bilion melibatkan kutipan pasport, levi pekerja asing dari segi permit dan pas, serta kompaun yang dikenakan ke atas pekerja asing tanpa izin.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia