Utusan Borneo (Sabah)

Rompak: Lelaki kena sembilan tahun, satu sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara selama sembilan tahun dan satu sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan merompak seorang wanita.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadapMd­AzrinMoham­mad Salleh, 38, yang mengaku salah mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Sabit salah atas pertuduhan terbabit, boleh dikenakan penjara selama tempoh 14 tahun dan denda, serta sebatan.

Tertuduh merompak mangsa berusia 42 tahun lalu merampas barangan kemas dan wang tunai sebanyak RM90, pada 26 November jam 3 pagi di sebuah rumah, Kampung Tempurong, daerah Kuala Penyu.

Mengikut fakta kes, pada hari sama, mangsa tersedar daripada tidur apabila mendengar bunyi bising dari tingkat bawah rumah lalu turun untuk memeriksa.

Mangsa melihat tertuduh berdiri di ruang tamu sambil memakai tudungnya yang berwarna hitam dan jaket milik adik lelakinya.

Beliau menjerit sekuat hati untuk meminta pertolonga­n, namun tertuduh segera berlari ke arahnya dan menutup mulut mangsa dengan menggunaka­n tangan.

Mangsa cuba melawan, tetapi tertuduh bertindak mengambil kain lalu melilitkan kain berkenaan pada leher mangsa.

Akibat ketakutan mangsa merayu agar tidak diapaapaka­n serta menawarkan wang yang disimpan di biliknya.

Tertuduh terus menarik tangan mangsa menuju ke bilik dan mula menyelongk­ar, tertuduh mengambil barang kemas dan sejumlah wang tunai.

Sebelum keluar dari rumah, tertuduh juga mengugut mangsa supaya tidak menceritak­an kejadian terbabit kepada orang lain, jika tidak tertuduh akan membunuh keluarga dan membakar rumah mangsa.

Bagaimanap­un mangsa tekad menceritak­an peristiwa berkenaan kepada kakaknya, sejurus itu laporan polis dibuat pada hari yang sama.

Polis berjaya menangkap tertuduh pada hari sama, turut ditemukan seutas rantai milik mangsa, sementara pakaian yang dipakai tertuduh pada waktu kejadian ditemukan di rumahnya dan di kawasan semak.

Polis juga merampas sebahagian barang kemas terbabit yang dijual tertuduh di kedai pajak gadai.

Semasa kawad cam dijalankan pada 28 November, mangsa dapat mengenal pasti tertuduh sebagai individu yang melakukan rompakan berkenaan.

Azreena memerintah­kan Md Azrin menjalani pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap dan barangan kemas berkenaan dikembalik­an kepada pemilik asal.

Di Kuala Lumpur, akibat memiliki sebilah pisau lipat di tempat awam tanpa kebenaran pihak berkuasa, seorang penganggur dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Dr Gan Chee Keong menjatuhka­n hukuman itu ke atas Zabidin Ariffin, 46, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah kemudian memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 16 Nov lepas.

Lelaki itu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau lipat warna hitam berukuran panjang dari mata ke hulu lebih kurang 18 sentimeter di tempat awam tanpa maksud yang sah atau mempunyai kebenaran sah daripada pihak berkuasa di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada 3.30 petang, 16 Nov lepas.

Bapa kepada anak lima itu dituduh mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara lima hingga 10 tahun dan sebat.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia