Utusan Borneo (Sabah)

‘Driveway Bollard’ atasi aliran lalu lintas di Lapangan Terbang Sandakan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pewujudan dua lorong ‘Driveway Bollard’ di laluan mengambil dan menurunkan penumpang dari kenderaan di hadapan Lapangan Terbang Sandakan akan memudahkan pengguna selain aliran lalu lintas yang padat khasnya pada waktu puncak dengan 500 penumpang yang pergi dan tiba di lapangan terbang itu pada satu-satu masa.

Pengurus Lapangan Terbang Sandakan, Malaysia Airports Sdn Bhd Suhaimi Abdul Sani berkata, ia juga membantu mengelak kesesakan lalu lintas, membantu penumpang saat akhir dan memudahkan urusan berkenaan tanpa membebanka­n pengguna lain yang sebelum ini terpaksa menunggu kenderaan beredar dari laluan utama itu.

“Sayajugabe­rharappeng­guna laluan itu terus bertolak ansur semasa menggunaka­n laluan berkenaan yang diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pengguna dan aliran lalu lintas selain mengelak mereka yang meletakkan kenderaan di kawasan itu yang menghalang perjalanan di laluan berkenaan,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sandakan pada Khamis.

Pihaknyaju­gamahumeng­elak kejadian tidak diingini seperti kebakaran kenderaan jika lama diparkir di kawasan utama itu selain mewujudkan suasana yang lebih cepat dan teratur dari segi aliran trafik.

Sementara itu, lapangan terbangitu­jugaadamen­yediakan ruangan parkir sebanyak 322 lot dengan kadar RM2 satu jam pertama dan RM1 bagi setiap jam seterusnya, yang mana kadar itu antara yang terendah di seluruh lapangan terbang di negara ini.

Lapangan terbang itu menerima kunjungan penumpang hampir 1 juta pada tahun ini dan laluan akan padat pada masa puncak manakala idea pewujudan Driveway Bollard itu sekali gus memudahkan urusan berkenaan.

Sementara itu, pada sidang media sama, Ground Operation dari Ground Red Team Sdn Bhd Sheena Formentera berkata, AirAsia akan memulakan perkhidmat­an ‘Self Bag Drop’ di Lapangan Terbang Sandakan yang dijangka pada hujung bulan ini atau awal Januari 2019.

Katanya, ia sekali gus memudahkan penumpang di mana mereka tidak perlu menunggu lama untuk menyimpan beg di kargo.

“Bagaimanap­un, khidmat itu hanya untuk penumpang yang sudah membuat tempahan awal (pre-book) dan beg tidak melebihi akses berat,” katanya.

Bagi beg yang selain syarat itu, penumpang boleh membuat urusan secara konvension­al di kaunter.

Sementara bagi kiosk tiket, AirAsia di Lapangan Terbang Sandakan ada menyediaka­n tiga mesin berkenaan dan ia mencukupi bagi menampung kegunaan penggunany­a.

 ??  ?? SUHAIMI (dua dari kiri) bersama Sheena serta pegawai lain berdiri di hadapan Driveway Bollard berkenaan.
SUHAIMI (dua dari kiri) bersama Sheena serta pegawai lain berdiri di hadapan Driveway Bollard berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia