Utusan Borneo (Sabah)

Bentuk keyakinan tinggi belia

Program komuniti kerja sosial luar bandar

-

KOTA BELUD: Program komuniti kerja sosial di luar bandar dapat membentuk keyakinan tinggi dalam kalangan belia untuk terus mencapai kecemerlan­gan dalam pendidikan.

Sehubungan itu, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick menyambut baik usaha Kelab Kerja Sosial, Fakulti Pendidikan dan Psikologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan program itu.

“Saya menyambut baik program komuniti kerja sosial

“Saya menyambut baik program komuniti kerja sosial ini yang secara tidak langsung akan dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat kampung tentang betapa pentingnya menuntut ilmu ” dalam kehidupan DATUK EWON BENEDICK Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

ini yang secara tidak langsung akan dapat memberikan pendedahan­kepadamasy­arakat kampung tentang betapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan.

“Program ini juga adalah salah satu strategi turun padang untuk mendekati masyarakat khususnya golongan sasar yang memerlukan,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Setiausaha Politik KPLB Carlye Lajimin, sempena pelancaran Program Komuniti Kerja Sosial di Kampung Tengkurus, di sini.

Ewon yang juga Adun Kadamaian turut menghargai kerjasama semua pihak terutamany­a penduduk Kampung Tengkurus dalam menjayakan program itu.

“Sesungguhn­ya, komitmen semua pihak dalam menyokong usaha dan program yang dijalankan amat dihargai,” katanya.

Beliau berharap melalui program komuniti kerja sosial itu akan mampu memberikan impak positif kepada semua pihak yang terlibat.

Turut hadir, Pensyarah Program Kerja Sosial UMS Dr Peter Voo Su Kiong, wakil Jabatan Penerangan Kota Belud Durahim Jaman dan wakil penduduk KgTengkuru­s Antoni Satoh.

 ??  ?? CARLYE (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama pihak penganjur.
CARLYE (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia