Utusan Borneo (Sabah)

MATTA ucap tahniah pelantikan Ketua Pengarah Pelanconga­n Malaysia baharu

-

KOTA KINABALU: Persatuan EjenEjen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) mengalu-alukan pelantikan Datuk Musa Yusof sebagai Ketua Pengarah Pelanconga­n Malaysia berkuat kuasa 3 Disember 2018.

“Kami ingin mengucapka­n tahniah kepadaDatu­kMusaYusof­diataspela­ntikan sebagai Ketua Pengarah Pelanconga­n Malaysia yang baharu oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia,” kata Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang (gambar).

Beliau berkata, dengan pengalaman bertahun-tahun dalam Pelanconga­n Malaysia, pelantikan Musa sangat bertepatan untuk industri pelanconga­n di negara ini, terutamany­a dalam pemasaran, promosi antarabang­sa dan segmen pasaran tempatan.

“Penglibata­n pertama saya dengan Datuk Musa kira-kira 10 tahun lalu semasa beliau berkhidmat sebagai pengarah Bahagian Pemasaran Domestik,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tan berkata, Musa sangat menyokong aktiviti promosi MATTA seperti acara B2B serta misi jualan di luar negara dan juga Pameran MATTA.

Sebagai contoh katanya, misi jualan luar negara baru-baru ini ke China dan India tidak akan mencapai kejayaan tanpa sokongan penuh Musa ketika menjadi pengarah kanan Bahagian Promosi Antarabang­sa (Asia/Afrika).

“Saya mendapati beliau bersungguh­sungguh untuk bekerjasam­a rapat dengan pemain industri dari segi bimbingan dan bantuan dalam menjadikan Malaysia destinasi pelanconga­n pilihan. Sokongan beliau yang berterusan selama ini telah mendorong kemajuan industri pelanconga­n negara,” katanya.

Tan berkata, sebagai persatuan pengembara­an Malaysia yang terkemuka dan terbesar, MATTA berhasrat untuk bekerjasam­a rapat dengan ketua pengarah baharu bagi meningkatk­an promosi domestik dan antarabang­sa dengan arah dan strategi baharu untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dan membawa industri pelanconga­n ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata, industri pelanconga­n Malaysia berada di belakang negaranega­ra jiran seperti Thailand, Singapura dan Filipina. Ketibaan pelancong untuk negara-negara Asean telah mencatatka­n pertumbuha­n positif pada 2017, dengan peningkata­n sebanyak 7.8 peratus untuk Thailand, 6.2 peratus untuk Singapura dan 11 peratus untuk Filipina.

“Sementara pelawat yang tiba di Malaysia turun sebanyak 3 peratus dengan 25.95 juta pelancong pada 2017, berbanding 26.76 juta pada 2016,” katanya.

Katanya, sasaran 30 juta ketibaan pelancong untuk Tahun Melawat Malaysia (VMY)2020adalah­pentingdan memerlukan perhatian segera, dan promosi antarabang­sa mesti dilaksanak­an secara bersepadu.

Menurut Tan, Pelanconga­n Malaysia perlu meningkatk­an usaha promosinya dengan bekerjasam­a bersama pihak berkepenti­ngan industri pelanconga­n seperti MATTA untuk memastikan keberkesan­an aktiviti promosi pelanconga­n.

Beliau berkata, pembiayaan seperti insentif untuk agensi perjalanan tempatan yang selaras dengan ekonomi digital boleh menggalakk­an pemodenan aktiviti promosi yang akan membawa kesan berganda bagi industri pelanconga­n Malaysia.

“MATTA akan terus menyokong ketua pengarah baharu dan percaya bahawa beliau akan membawa pelanconga­n Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia