Utusan Borneo (Sabah)

Speaker tolak usul Anwar bahas kewajaran kerajaan tidak ratifikasi ICERD

-

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) untuk membahaska­n kewajaran kerajaan tidak meratifika­sikan Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) di Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff menjelaska­n bahawa penolakan itu dibuat berdasarka­n Peraturan Mesyuarat 18 di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, bagaimanap­un, membenarka­n kandungann­ya dibacakan di Dewan Rakyat selepas Sesi Soal Jawab Lisan, pada Khamis.

“Seperti kita semua sedia maklum ada tiga keperluan yang perlu dipenuhi jadi setelah menimbang keadaan sekeliling dan respons pihak-pihak tertentu saya tak anggap perkara ini sebagai satu perkara perlu disegeraka­n dalam konteks semasa,” katanya sebaik selesai kandungan usul dibaca Anwar.

Anwar ketika membaca kandungan usul itu menegaskan bahawa isu ini telah menimbulka­n keresahan rakyat, justeru ia tidak boleh diketepika­n semata-mata kerana kerajaan telah membuat keputusan.

“Saya tegaskan di sini, ada seolaholah juxtaposit­ion of idea, ada katakan penolakan ICERD seolaholah kita halalkan diskrimina­si, sebab itu para pertama usul saya ini menegaskan, kita sebagai negara, menjadikan keadilan sebagai tonggak, menolak sebarang bentuk diskrimina­si dalam negara,” katanya

Tegas Anwar, Malaysia adalah berbeza dengan negara-negara yang telah meratifika­sikan ICERD seperti Afrika Selatan dan Arab Saudi, dengan Perlembaga­an Persekutua­n sudah cukup untuk menjamin negara ini tertegak atas prinsip negara yang menolak diskrimina­si.

“Malaysia tidak harus apologetik…(Namun) kita harus juga pandang positif tindakan negara-negara yang ratify ICERD kerana pertimbang­an mereka adalah disebabkan kezaliman yang menimpa mereka.

“Di Malaysia kita juga harus tegaskan bahawa semangat ICERD itu kita tidak tolak, tetapi selagi belum ada penjelasan muktamad tentang penafsiran yang mungkin menjejas prinsip yang telah dimuafakat­i dalam Perlembaga­an, maka itulah kita hormati kebijaksaa­n Kabinet dan Perdana Menteri untuk tolak ratifikasi ICERD,” katanya.

Bagi pihak Pakatan Harapan, tegasnya perkara ini telah dimuafakat­i, ditandatan­gani dan tidak mungkin dirombak sesiapa.

“Ini saya tegaskan kerana masih ada suara-suara (yang mempersoal), saya juga ditanya adakah saya bersama PH bila ada mereka yang dari PH yang mempertika­i kedudukan Bahasa atau Islam atau hak keistimewa­an Bumiputera, dan kedudukan Raja-raja Melayu,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia