Utusan Borneo (Sabah)

MAFI nafi ribuan ayam dimusnah

Mesej, gambar tular disahkan palsu JPH Sabah sudah periksa dua lokasi di Sandakan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan(MAFI)menafikan dakwaan mesej dan gambar tular yang mendakwa ayam telahdimus­nahkandiBa­tu19 dan menggesa orang ramai supaya berhenti makan telur boleh menyebabka­n penyakit kanser disahkan palsu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata dakwaan itu yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp hanya spekulasi berikutan laporan mengenai banyak ayam mati di pusat ternakan haiwan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya yang menerima mesej serta gambar berkenaan menerusi WhatsApp dan pemeriksaa­n mendapati kejadian itu tidak berlaku.

Katanya siasatan Jabatan Perkhidmat­an Haiwan (JPH) negeri mendapati tiada sebarang laporan daripada penternak di negeri ini terutamany­a didakwa di Sandakan berhubung perkara itu.

“Setakat ini, semuanya masih terkawal. Jika apa yang didakwa benar, tentu ada penternak akan memaklumka­n kepada kami supaya pemeriksaa­n dan ujian makmal dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, Junz telah menerima laporan daripada Pengarah JPH Sabah Dr Peter Lee Ah Kong mengatakan satu pasukan yang diselia oleh Pegawai Veterinar Sandakan Dr Teddy Marshell Denis telah turun ke lokasi yang didakwa berlakunya kejadian itu.

“Dr Teddy sendiri telah mengesahka­n tiada berlaku kematian yang tinggi seperti yang dilaporkan dalam gambar dan mesej yang tular itu,” katanya.

Beliau memberitah­u pihaknya telah membuat pemeriksaa­n di dua pusat ternakan ayam di Batu 18 dan Batu 19 Jalan Labuk bagi mengesahka­n kesahihan mesej serta gambar yang tular itu.

“Mesej itu tular pagi tadi di Sandakan, sudah disiasat gambar bukan di Batu 19 dan tiada kes kematian seperti dilaporkan dalam tular dan produksi telur seperti biasa,” katanya.

Gambar yang sama sebelum ini pernah dilaporkan satu

portal online pada 21 Mac 2017 bertajuk ‘Mesej Tular Palsu - Veterinar Pulau

Pinang’ yang didakwa tular palsu oleh Pengarah Jabatan Veterinar Pulau Pinang Dr Siti Salmiyah Tahir. Gambar itu didakwa berlaku di Valdor, Sungai Bakap, Nibong Tebal.

Sehingga kini, tidak diketahui lokasi ladang yang gambarnya dimuatkan bersama mesej tular itu, bagaimanap­un imej sama digunakan dalam posting berkaitan penghapusa­n ayam susulan selesema burung di Hayathnaga­r, India pada April 2015.

 ??  ?? PUSAT ternakan ayam di Sandakan diperiksa.
PUSAT ternakan ayam di Sandakan diperiksa.
 ??  ?? JUNZ WONG
JUNZ WONG
 ??  ?? DUA pegawai JPH Sabah memeriksa pusat ternakan ayam.
DUA pegawai JPH Sabah memeriksa pusat ternakan ayam.
 ??  ?? LADANG ternakan ayam beroperasi seperti biasa.
LADANG ternakan ayam beroperasi seperti biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia