Utusan Borneo (Sabah)

PPM, Polair mahu lebih agresif banteras sindiket dadah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah dan Polisi Air (Polair) Kalimantan Utara (Kaltara) mahu mengambil pendekatan lebih agresif membantera­s aktiviti sindiket dadah di sempadan MalaysiaIn­donesia (wilayah segi tiga, Tawau-Pulau SebatikNun­ukan).

Hasrat itu selaras dengan penyertaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Tawau dan Unit Satuan Reserse Narkoba (Reskoba) Kepolisian Resor (Polres) Nunukan ke dalam perbincang­an Program Rendezvous (RV) agensi kepolisan kedua-dua negara.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata langkah itu diambil susulan kejayaan JSJN Sabah dengan kerjasama JSJN Bukit Aman melakukan rampasan dadah terbesar di negeri ini kira-kira 104.3kg di Tawau pada bulan lepas.

“Perkara ini sudah lama difokuskan tetapi kali ini JSJN IPD Tawau dan Unit Reskoba Polres Nunukan diundang supaya konteks hubungan maklumat kedua-dua negara lebih jelas.

“PPM Sabah akan lebih memberikan fokus kepada pergerakan di perairan manakala JSJN pula lebih agresif dari segi aliran keluar masuk dadah antara kedua negara,” katanya.

Pajeri berkata demikian ketika ditemui media sempena RV bulanan terbaharu di perairan Tanjung Saima, perbatasan perairan Tawau dan Sg Nyamuk Sebatik, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau percaya kehadiran kedua-dua pasukan itu akan menjadikan perkongsia­n maklumat aktiviti dadah di sempadan dua negara menjadi lebih mantap.

“Ini juga strategi kita untuk mengesan dan mengenalpa­sti sindiket dadah terlibat dan melihat arah aliran aktiviti penyeludup­an dadah antara kedua negara beredar,” katanya.

Komisaris Polisi (Kompol) Direktorat Kaltara, Tarakan Sam Surya pula percaya kemasukan JSJN dan Unit Reskoba Polres itu sebagai satu perkembang­an yang baik.

Malah Sam optimis langkah itu dapat membantu kepolisan kedua-dua negara mencegah aktiviti pelaku jenayah rentas sempadan dan penyeludup dadah daripada terus berleluasa. “Sememangny­a perbincang­an utama RV ini setiap bulan berkaitan dadah dan syukur kerana kita mampu merampas sehingga kira-kira 80kg dadah di Nunukan setiap tahun.

“Kita juga sedia maklum dadah diseludup ke Nunukan bukannya dibuat di Malaysia tetapi disyaki dari China sebelum dibawa masuk ke Malaysia dan seterusnya ke Indonesia,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Staf II Keselamata­n Bahagian Operasi Laut Kawasan Keselamata­n Khas Pantai TimurSabah(Esscom)Husaini Hussin, Pegawai Pemerintah PPM Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim dan LO Polri Konsulat Republik Indonesia di Tawau A. Fazila.

Begitu juga, Kepala Satuan Polisi Perairan dan Udara (Polairud) Nunukan, Kabidhumas Polres Nunukan Iptu Karjadi, Perwira Polsek Sebatik Timur Ipda Maswoko dan Kanit Ops Reskoba Polres Nunukan Ipda Siswandoyo.

Untuk rekod, kedua-dua pihak turut membincang­kan kes pemerdagan­gan manusia dan aktiviti jenayah rentas sempadan yang lain, serta agenda bersama pada tahun hadapan.

 ??  ?? SAM
SAM
 ??  ?? PAJERI
PAJERI
 ??  ?? PASUKAN kepolisan kedua-dua negara yang diterajui PPM Sabah dan Polair Kaltara mengadakan perbincang­an di perairan Tanjung Saima, perbatasan antara Tawau dengan Sg Nyamuk Sebatik.
PASUKAN kepolisan kedua-dua negara yang diterajui PPM Sabah dan Polair Kaltara mengadakan perbincang­an di perairan Tanjung Saima, perbatasan antara Tawau dengan Sg Nyamuk Sebatik.
 ??  ?? KERJASAMA antara PPM Sabah dan Polair Kaltara diteruskan dalam rangka mengeratka­n hubungan kerjasama antara Malaysia-Indonesia dalam mengekang jenayah rentas sempadan termasukla­h penyeludup­an dadah dan pemerdanga­n manusia.
KERJASAMA antara PPM Sabah dan Polair Kaltara diteruskan dalam rangka mengeratka­n hubungan kerjasama antara Malaysia-Indonesia dalam mengekang jenayah rentas sempadan termasukla­h penyeludup­an dadah dan pemerdanga­n manusia.
 ??  ?? ANGGOTA Unit Gempur Marin (Ungerin) PPM Tawau turut berkawal sepanjang pertemuan RV berlangsun­g di perairan perbatasan Malaysia-Indonesia.
ANGGOTA Unit Gempur Marin (Ungerin) PPM Tawau turut berkawal sepanjang pertemuan RV berlangsun­g di perairan perbatasan Malaysia-Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia