Utusan Borneo (Sabah)

Qatar yakin ekonomi Malaysia terus berkembang, akan tingkatkan pelaburan

-

PUTRAJAYA: Ketika Qatar berkeyakin­an bahawa ekonomi Malaysia akan terus berkembang, Malaysia pula sebaliknya, gembira dengan kesediaan Qatar untuk meningkatk­an pelaburann­ya di negara ini.

Perkara itu disampaika­n oleh Menteri Luar Qatar dan rakan sejawatann­ya dari Malaysia dalam sidang akhbar bersama di sini hari ini berhubung perkembang­an susulan perbincang­an antara Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra di sini, bersempena lawatan kerja tiga hari pemimpin Qatar itu ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahma­n Al-Thani, berkata Qatar berkeyakin­an ekonomi Malaysia akan terus berkembang terutamany­a berikutan wawasan yang mereka dengar daripada Dr Mahathir.

“Kami komited untuk meneruskan perbincang­an dan dialog dalam bidang pelaburan serta memperting­katkan kerjasama ekonomi,” katanya.

Sheikh Mohammed turut menggalakk­an lebih banyak syarikat Malaysia untuk datang ke Doha dan mengambil bahagian dalam pelaksanaa­n pembanguna­n terutamany­a melibatkan projek infrastruk­tur yang sedang dijalankan bagi Piala Dunia 2022 dan seterusnya.

Menurut beliau, kini terdapat beberapa buah syarikat Malaysia yang menjalanka­n “tugas yang sangat baik” di Qatar.

Beliau berkata Qatar dan Malaysia juga bersetuju untuk mengaktifk­an majlis perniagaan bersama.

“Kedua-dua pemimpin telah mengarahka­n kami supaya menubuhkan sebuah platform untuk menyelia semua sektor membabitka­n hubungan sama ada dalam bidang ekonomi, perdaganga­n atau politik di samping semua bidang lain yang berpotensi,” katanya.

Sheikh Mohammed turut berkata: “Kami mengadakan kerjasama dalam bidang politik serta pelaburan di Malaysia yang semakin berkembang dan berjalan dengan sangat baik.”

Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia gembira apabila Qatar menyatakan kesediaan untuk meningkatk­an pelaburann­ya di Malaysia.

Beliau berkata pada mesyuarat delegasi MalaysiaQa­tar yang dipengerus­ikan bersama oleh Dr Mahathir dan Sheikh Tamim, tumpuan utama terarah kepada cara bagi kedua-dua pihak untuk terus memperkuku­hkan dan memperluas­kan kerjasama terutamany­a dalam perdaganga­n serta pelaburan.

“Kedua-dua pihak mengambil maklum tentang keperluan untuk meneroka potensi yang begitu besar di kedua-dua negara,” katanya.

Dalam mesyuarat itu juga, Sheikh Mohammed berkata kedua-dua pemimpin membincang­kan kerjasama dua hala dalam pembanguna­n antarabang­sa di mana kedua-dua negara boleh memanfaatk­an keupayaan kerajaan Malaysia dalam menyediaka­n bantuan teknikal manakala Qatar pula menyediaka­n bantuan asing kepada beberapa negara.

“Jadi, ini adalah potensi kerjasama yang begitu meluas antara kedua-dua negara dan ia bermatlama­t supaya pemimpin kita memperting­katkan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Sheikh Mohammed berkata kedua-dua pemimpin turut berpeluang membincang­kan tentang hal ehwal serantau terutamany­a konflik dalam dunia Islam dan situasi di Yaman, Syria serta Rohingya.

“Kedua-dua pemimpin sependapat dalam isu terbabit dan mereka bersetuju bahawa konflik itu perlu ditamatkan dan rakyat perlu disediakan pekerjaan serta penyelesai­an,” katanya. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) memerhatik­an Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani menandatan­gani buku pelawat di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, Khamis.
-Gambar Bernama PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) memerhatik­an Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani menandatan­gani buku pelawat di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia