Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Faizal sedia beri kerjasama kepada SPRM

-

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes terdapat pihak ingin menjatuhka­nnya.

Katanya beliau tidak mempunyai masalah untuk memberi keterangan setakat pengetahua­nnya memandangk­an beliau tidak mengetahui dengan jelas isu yang dibangkitk­an Ketua Pembangkan­g Datuk Saarani Mohamad sebelum ini.

“.... kerana saya tak tahu apa cerita (isu menjatuhka­n menteri besar), jadi saya cuma boleh beritahu apa yang saya tahu, apa yang saya baca,” katanya ketika diminta mengulas laporan SPRM Perak telah membuka kertas siasatan dan akan menjalanka­n siasatan mengenai perkara berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Tahun 2018 yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Zainal Azman Abu Seman di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari telah memberi keterangan selama dua jam kepada SPRM Perak mengenai isu fitnah menjatuhka­n menteri besar negeri itu.

Selasa lalu, Saarani semasa perbahasan Belanjawan 2019 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri seolah-olah menggambar­kan Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi sebagai dalang komplot untuk menjatuhka­n menteri besar.

Bagaimanap­un, Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak menafikann­ya dan menyifatka­n tuduhan Saarani sebagai satu ‘cerita kartun’ serta gimik murahan untuk menarik perhatian dalam politik. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia