Utusan Borneo (Sabah)

Atlet Sabah janji beri yang terbaik

Sukan Persahabat­an BIMPNT-EAGA Ke-10 Brunei Darussalam

-

KOTA KINABALU: Pasukan olahraga Sabah berjanji untuk memberikan saingan yang terbaik di Sukan Persahabat­an BIMPNT-EAGA Ke-10 yang akan berlangsun­g di Negara Brunei Darussalam yang menjadi tuan rumah dari 7-9 Disember 2018.

Acara trek dan balapan akan berlangsun­g di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah dari 8-9 Disember.

Pengurus pasukan Ali Aman berkata, para atlet Sabah bertekad untuk membawa kemenangan kepada negeri dan negara.

Katanya, sama seperti kontinjen negeri, skuad itu tidak menetapkan sebarang medal tetapi tidak akan menghalang mereka untuk memberikan saingan yang terbaik di trek dan balapan.

“Sukan persahabat­an tidak terkecuali,” katanya merujuk kepada pelbagai acara dua tahun sekali itu yang lebih berkaitan dengan pembanguna­n dan mempromosi­kan perpaduan dalam kalangan peserta negara.

“Saya tahu atlet kita akan cuba memenangi pingat dan kita akan cuba mendapatka­n seberapa banyak yang kita boleh ... kita sentiasa bersaing untuk memperoleh kejayaan.

Skuad trek dan balapan terdiri daripada 15 atlet berikutan penarikan Alzan Kuste, Zaidi Khani Kanisius dan Dee Exlyanna Japilan kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Ali percaya Sabah masih mempunyai pasukan yang kuat dengan lapan atlet yang mewakili Sabah di Sukan Malaysia (Sukma) di Perak pada September.

Mereka adalah Desmond Wong Tzyy Luen, Isaiah Ng Jian Lung, Riksi Tahir, Mohammad Farid Iqwan Endjon, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas, Marlin Hing William, Nobenecka Pinalus dan Puteri Nur Safirah Gajali.

“Kami akan bersandar kepada mereka untuk memperoleh hasil yang diinginkan,” katanya.

Turut tersenarai dalam skuad itu ialah Jad Rizalman Washif, Mel Vean Majuang, Reveynylle Jonias, Esther Joanne Ailos, Alxendra Rays Jainod, Feova Lim Yi Fei dan Patronella Lisong.

Sukan persahabat­an itu disertaiol­ehpelbagai­kontinjen dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Darwin NT (Australia).

“Saya tahu atlet kita akan cuba memenangi pingat dan kita akan cuba mendapatka­n seberapa banyak yang kita boleh ... kita sentiasa bersaing untuk ” memperoleh kejayaan. ALI AMAN Pengurus pasukan olahraga

 ??  ??
 ??  ?? SKUAD trek dan balapan negeri Sabah bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Terrance Pudin (empat dari kanan) dan Ali (tiga dari kanan), berikrar melakukan yang terbaik di Sukan Persahabat­an Ke-10 BIMPNT- EAGA di Brunei.
SKUAD trek dan balapan negeri Sabah bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Terrance Pudin (empat dari kanan) dan Ali (tiga dari kanan), berikrar melakukan yang terbaik di Sukan Persahabat­an Ke-10 BIMPNT- EAGA di Brunei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia