Utusan Borneo (Sabah)

Liverpool bangkit bergaya di Turf Moor

United dan Arsenal berkongsi satu mata selepas seri 2-2 pada aksi liga di Old Trafford

-

LONDON, England: Liverpool merapatkan kembali jurang kurang dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City apabilaban­gkitdarike­tinggalan untuk menewaskan Burnley 3-1 sementara Manchester United dan Arsenal berkongsi satu mata selepas seri 2-2 pada perlawanan di Old Trafford Rabu lepas.

Wolves juga bangkit dari ketinggala­n untuk memberikan kekalahan kedua Chelsea musim ini dengan kemenangan 2-1 di Molineux, membolehka­n Tottenham Hotspur kembali ke tangga ketiga liga selepas menewaskan Southampto­n 3-1.

Chelsea dan Arsenal kini terikat 31 mata di tangga keempat liga, masih lapan mata di hadapan United yang menduduki tangga kelapan.

Dengan Manchester City tidak kelihatan hilang fokus di singahsana liga, Liverpool tidak mampu melakukan sebarang keciciran mata di Turf Moor walaupun pengurusny­a, Jurgen Klopp melakukan tujuh pertukaran dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino bermula di bangku simpanan dan Sadio Mane tidak beraksi kerana kecederaan.

Kekuatan di jentera serangan ternyatadi­rinduiketi­kaLiverpoo­l berhempas-pulas mencari rentak dalam separuh masa pertama dan ketinggala­n pada awal separuh masa kedua.

Kesilapanb­esardaripe­njagagol bernilai 67 juta pound Liverpool, Alisson Becker, menghadiah­kan gol pembukaan Burnley selepas Alisson gagal menangkap kemas satu rembatan, membolehka­n Jack Cork menolak bola muntah ke pintu gol.

Liverpool bagaimanap­un bangkit segera untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam liga kepada 15 perlawanan apabila James Milner mengikat kedudukan selepas satu jam permainan dan kemudian mengumpan bola kepada Firmino untuk meletakkan Liverpool di hadapan buat kali pertama, tiga minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Xherdan Shaqiri melengkapk­an jaringan pada lewat permainan.

“Karektor yang kami tunjukkan selepas ketinggala­n adalah apa yang kami jangkakan dari pasukan ini,” kata Milner.

Arsenal melanjutka­n tempoh tanpakalah­kepada20pe­rlawanan tetapi gagal mengambil peluang dari dua gol ‘ehsan’ pasukan tuan rumah ketika tempoh tanpa menang United dalam liga berlarutan kepada empat perlawanan.

Ketika pasukannya beraksi hambar, penjaga gol United, David de Gea tetap beraksi tangkas sebelum gagal menepis kemas tandukan Shkodran Mustafi untuk meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-26.

Empatminit­kemudian,United berjaya mengikat kedudukan apabila Anthony Martial menyempurn­akan umpanan Ander Herrera selepas penjaga gol Arsenal, Bernd Leno menepis hantaran lintang Marcos Rojo.

Tetapi gol dalam separuh masa kedua hanya berselang satu minit, dengan Rojo tertolak bola terkena penyerang Arsenal Alexandre Lacazette untuk meletakkan Arsenal kembali di hadapan.

Arsenal bagaimanap­un masih meraikan gol apabila kekeliruan di antara Sead Kolasinac dan Leno membolehka­n Jesse Lingard mencuri ruang untuk menjaringk­an gol penyamaan seminit kemudian.

“Kami menjaringk­an empat gol dan seri 2-2! Seperti kebiasaann­ya, kami melakukan kesilapan dan menerima padah,” kata pengurus United, Jose Mourinho.

“Hari ini juga sama, tetapi dengan semangat yang tinggi dan pemain bersedia untuk berusaha lebih gigih. Pujian kepada pasukan.”

De Gea kemudian menepis dua cubaan dari Pierre-Emerick Abubameyan­g dan Henrikh Mkhitaryan selain gol lewat Arsenal tidak dibenarkan kerana ofsaid ketika kedua-dua pasukan akhirnya akur dengan satu mata.

Wolves mencipta kemenangan pertama mereka dari tujuh perlawanan selepas bangkit dari ketinggala­n dari gol Ruben Loftus Cheek untuk Chelsea pada minit ke-18.

“Kami bermain dengan sangat baik untuk 55 minit dan tibatiba kami adalah pasukan yang berbeza,” rungut pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.

Raul Jimenez dan Diogo Jota melengkapk­an kebangkita­n Wolves dalam tempoh empat minit dalam separuh masa kedua.

“Ia tidak bermakna semua masalah telah diselesaik­an. Ia bermakna kami harus mengekalka­n rentak ini,” kata pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo.

Spurs mengambil sepenuh peluang dari keputusan melibatkan Chelsea dan Arsenal dengan kembali ke tangga ketiga liga selepas mudah menewaskan Southampto­n 3-1.

HarryKanem­embukajari­ngan dari umpanan Christian Eriksen sebelum Lucas Moura dan Son Heung-min menjaringk­an gol dalam tempoh empat minit selepas rehat.

Pada perlawanan lain, Fulham kini kurang satu mata dari zon selamat selepas seri 1-1 dengan Leicester City sementara perlawanan di antara Everton dan Newcastle United juga seri 1-1. — AFP

 ??  ?? LINDGARD (tengah)menjaringk­ang gol penyamaan buat United pada perlawanan liga menentang Arsenal di Stadium Emirates, London Rabu lepas. — Gambar AFP
LINDGARD (tengah)menjaringk­ang gol penyamaan buat United pada perlawanan liga menentang Arsenal di Stadium Emirates, London Rabu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia