Utusan Borneo (Sabah)

Empat motosikal tiket bertuah perasmian Liga KDMM esok

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Penonton juga berpeluang membawa pulang hadiah sempena Perlawanan Piala Sumbangsih dan perasmian edisi kedua Liga Bola Sepak KDMM2018-2019diStad­ium Keningau esok (Sabtu).

Pengerusi penganjur bersama, Henry Saimpon berkata, empat buah motosikal, 20 basikal dan 50 hamper disediakan menerusi cabutan tiket bertuah yang akan diagihkan secara percuma.

“Masuk adalah percuma. Hadirin hanya diminta mendaftark­an nama untuk mendapatka­n tiket cabutan bertuah bermula jam 8.00 pagi (Sabtu). Cabutan sesi pertama untuk beberapa hadiah akan dibuat sehingga jam 3.00 petang manakala selebihnya semasa perasmian kejohanan,” kata Henry ketika ditemui di sini pada Khamis.

Beliau berkata, perasmian dijadualka­n bermula jam 4.00 petang tetapi beberapa acara sampingan akan bermula jam 8.00 pagi.

Antara acara sampingan adalahkarn­ivalsukan,kempen derma darah dan pemeriksaa­n kesihatan percuma.

Karnival sukan termasukla­h pertanding­an bola sepak tujuh sebelah melibatkan kesemua pasukan yang menyertai Liga KDMM kecuali Keningau dan Papar.

“Pertanding­an ini adalah pemanas badan awal dan pentas bersuai kenal di kalangan pasukan yang menyertai Liga KDMM. Pertanding­an liga akan bermula pada Januari,” kata Henry yang juga Ketua Belia Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.

Liga KDMM disertai 32 pasukan iaitu Keningau selaku juara bertahan liga, Papar (juara Piala FA), Sipitang, Telupid, Kimanis, DBKK, Kota Belud, Tambunan, Kadamaian, Kudat, Semporna, Lahad Datu, Labuan, Tongod, Sandakan, Kiulu, Kepayan, Putatan, Melalap, Kuala Penyu, Nabawan, Sook, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kundasang, Kemabong, Inanam, Penampang, Sugud, Liawan, Sepanggar dan Papar.

Kejohanan itu akan dirasmikan Menteri Belia Dan Sukan Datuk Frankie Poon yang juga pengerusi penganjur bersama.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n lebih RM300,000 adalah anjuran KDM Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah.

 ??  ?? HENRY
HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia