Utusan Borneo (Sabah)

Gol Cavani selamatkan maruah PSG

-

PARIS, Perancis: Edinson Cavani menyelamat­kan maruah Paris Saint Germain (PSG) ketika pendahulu Ligue 1 Perancis itu tercicir mata buat kali kedua dalam tempoh seminggu selepas diikat 1-1 di Strasbourg Rabu lepas.

Penyerang antarabang­sa Uruguay itu menyempurn­akan satu tendangan penalti minit ke-71 untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah PSG selepas 16 perlawanan walaupun aksi hambar tanpa bintang utama, Neymar dengan gol Cavani mengikat gol tendangan penalti Kenny Lala, empat minit sebelum rehat.

“Jika anda tiba dengan prestasi turun naik menentang PSG, anda akan menerima padah,” kata jurulatih Strasbourg, Thierry Laurey.

“Kami terjejas sedikit tetapi kami berjaya mengekang sedikit jentera serangan mereka. Mereka menguasai permainan tetapi kami tidak kelihatan terlalu dalam bahaya.”

PSG, yang dibimbing Thomas Tuchel, juga seri di Bordeaux hujung minggu lepas dan bermula tanpa Kylian Mbappe dan Thiago Silva, masih selesa di tangga teratas liga pada malam penuh dengan gol lewat, insiden dan video bantuan pengadil (VAR) dalam Ligue 1.

PSG masih 14 mata di hadapan Lille, yang naik ke tangga kedua selepas menewaskan Montpellie­r1-0padaperla­wanan hari Selasa dan mengekalka­n kedudukan selepas gol Hatem Ben Arfa dan Jordan Siebatcheu membolehka­n Rennes menang 2-0 di Lyon.

Lyon, yang dibimbing Bruno Genesio, kekal di tangga keempat, 15 mata di belakang PSG sementara Marseille kurang dua lagi mata selepas teas 2-3 di Nantes.

PSG tidak mempunyai jadual perlawanan liga lagi sehingga selepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Red Star Belgrade, di mana kemenangan akan memastikan kemaraan ke pusingan kedua, selepas perlawanan liga Sabtu ini menentang Montpellie­r ditangguhk­an kerana isu keselamata­n.

“Kami bangkit dan menunjukka­n banyak kualiti dalam separuh masa kedua. Kami mengawal sepenuhnya lawan dan mempunyai beberapa peluangbah­ayatetapim­alangnya tidak dapat menjaringk­an gol.” kata Tuchel.

VAR diperlukan untuk beberapa keputusan penting Rabu lepas dan VAR juga membantuSt­rasbourgme­mbuka jaringan apabila pengadil Antony Gautier memberikan tendangan penalti dalam tempoh empat minit selepas Thilo Kehrer terpegang bola dari hantaran Lionel Carole.

Dengan ketinggala­n pada masarehat,Tuchelmema­sukkan Mbappe dan penyerang muda itu mendapatka­n penalti buat PSG, yang disempurna­kan Cavani.

VAR juga membantu keputusan gol kemenangan Loick Landre pada minit ke-96 untuk Nimes, selepas Prince Oniague mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-90, dengan keputusan ofsaid sebelum ini mendapati Landre berkeduduk­an tidak ofsaid ketika menjaringk­an gol kemenangan. - AFP

 ??  ?? CAVANI (kiri) cuba melepasi kawalan ketat pemain pertahanan Strasbourg ketika bersaing pada perlawanan liga di Stade de la Meinau, Strasbourg Rabu lepas. — Gambar AFP
CAVANI (kiri) cuba melepasi kawalan ketat pemain pertahanan Strasbourg ketika bersaing pada perlawanan liga di Stade de la Meinau, Strasbourg Rabu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia