Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kesedaran bahaya rasuah SPRUMS anjur Program Generasi Muda Bebas Rasuah di Kg. Langsat Ranau

SPRUMS anjur Program Generasi Muda Bebas Rasuah di Kg. Langsat Ranau

-

KOTA KINABALU: Program Generasi Muda Bebas Rasuah anjuran Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) diadakan buat julung-julung kalinya pada 24 November lepas di Kampung Langsat Ranau Sabah.

Program yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah dan juga golongan anak yatim Kampung Langsat adalah program Corporate Social Responsibi­lity (CSR) bagi meningkatk­an kesedaran kepada generasi muda mengenai bahayanya rasuah.

Seramai 50 orang anakanak yatim Kampung Langsat terlibat dalam program itu.

Objektif utama program ini dijalankan adalah, membina ikatan yang kuat di antara Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) dengan anak-anak yatim Kampung Langsat Ranau Sabah.

Selain itu, menceriaka­n dan menyebarka­n informasi berkenaan rasuah turut didedahkan kepada anak-anak yatim Kg Langsat.

Ia bertujuan untuk

“Rasuah bukan sahaja dilakukan oleh orang dewasa malahan juga harus dipupuk dengan generasi muda agar dapat meningkatk­an kesedaran dari awal.

RAHIM Wakil rumah anak yatim

meningkatk­an kecekapan kemahiran dan kemahiran komunikasi kepada mahasiswa dan mahasiswi UMS.

Wakil rumah anak yatim, Rahim berkata program sebegini baik untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan generasi muda.

“Rasuah bukan sahaja dilakukan oleh orang dewasa malahan juga harus dipupuk dengan generasi muda agar dapatmenin­gkatkankes­edaran dari awal.” katanya.

Dengan penganjura­n program Generasi Muda Bebas Rasuah ini, SPRUMS berharap agar dapat menganjurk­an lagi program-program seperti ini pada masa akan datang melibatkan mahasiswa dan golongan muda.

Ia bertujuan agar mereka menyedari kepentinga­n pencegahan rasuah dan bahayanya rasuah dalam kehidupan serta bersamasam­a membantera­s rasuah dan menjadi mahasiswa dan golongan muda yang berintegri­ti selaras dengan nama program iaitu ‘Generasi Muda Bebas Rasuah’.

 ??  ?? WAKIL daripada Anak-anak Yatim yang menyampaik­an mesej berkenaan rasuah.
WAKIL daripada Anak-anak Yatim yang menyampaik­an mesej berkenaan rasuah.
 ??  ?? ANTARA permainan yang dijalankan semasa program Generasi Muda Bebas Rasuah.
ANTARA permainan yang dijalankan semasa program Generasi Muda Bebas Rasuah.
 ??  ?? Dari Kampus
Dari Kampus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia