Utusan Borneo (Sabah)

Iktiraf pencapaian murid

Majlis Penyampaia­n Sijil Tabika Perpaduan Kota Kinabalu

- JEJAK PERPADUAN

KOTA KINABALU: Seramai 492 orang kanakkanak menerima sijil masing-masing pada Majlis Penyampaia­n Sijil Tabika Perpaduan Bandaraya Kota Kinabalu yang berlangsun­g pada Rabu bertempat di Dewan Saadah, Wisma Muis di sini.

Antara pengisian majlis ini iaitu penyampaia­n sijil dan piala kepada murid cemerlang mewakili setiap kelas Tabika pepaduan Kota kinabalu.

Penyampaia­nsijilkeha­diran juga diberikan pada setiap anak murid tabika yang berjaya hadir ke Kelas Tabika Perpaduan tahun 2018.

Selain itu, para ibubapa turut disajikan persembaha­n dari anak-anak tabika iaitu dari Tabika Perpaduan Sembulan Lama A& B yang mempersemb­ahkan bicara berirama yang bertajuk Guru.

Untuk persembaha­n kedua iaitu dari Tabika Perpaduan Taman Khidmat yang mempersemb­ahkan tarian rampai 1 Malaysia.

Persembaha­n terakhir iaitu persembaha­n dari Tabika Perpaduan Seroja A yang mempersemb­ahkan tarian Bollywood.

Cabutan nama bertuah juga diadakan semasa majlis berkenaan.

Turut merasmikan majlis ini iaitu Setiausaha Politik Menteri Kesihatan dan kesejahter­aan Rakyat, Phoong Jin Zhe mewakili Datuk Stephen Wong Thien Fatt.

Ketua Unit Kesepaduan dan Sosial, Hilman Jack Usli mewakili pengarah JPNIN Sabah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Kinabalu, Normalawat­i Haji Hassim. Para pengerusip­engerusi Rukun Tetangga dan pengerusi JPTP yang hadir bersama.

 ??  ?? PHOONG dan Hilman bergambar kenangan bersama penerima sijil dan murid cemerlang.
PHOONG dan Hilman bergambar kenangan bersama penerima sijil dan murid cemerlang.
 ??  ?? ANTARA pelajar tabika yang hadir dalam majlis itu.
ANTARA pelajar tabika yang hadir dalam majlis itu.
 ??  ?? GURU-GURU dan penolong guru Tabika Perpaduan bergambar bersama Phoong dan Hilman.
GURU-GURU dan penolong guru Tabika Perpaduan bergambar bersama Phoong dan Hilman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia