Utusan Borneo (Sabah)

20 sertai expedisi pelajar komunikasi ke rumah walet

-

KOTA KINABALU: Seramai 20 orang pelajar Komunikasi Tahun 3 UMS membuat satu expedisi ke Rumah Burung Walet, Menumbuk.

Industri sarang burung waletmerup­akansatusu­mber pendapatan lumayan kepada penduduk luar bandar.

Tujuan expedisi adalah tinjauan dan pengumpula­n maklumat berkaitan rumah dan sarang burung walet di sekitar daerah Menumbuk.

Selain itu, hasil pengumpula­n maklumat akan digunakan bagi menghasilk­an satu dokumentar­i khas bagi melengkapk­an tugasan akhir pelajar komunikasi tahun 3 dalam bidang kewartawan­an.

Menurut salah seorang pengusaha Rumah Burung Walet, Pengiran Haji Jaafar Bin Pg. Osman, industri burung wallet ini adalah salah satu sumber pendapatan masyarakat kini dan ia harus diikuti oleh generasi akan datang.

“Bagi saya, industri burung wallet ini menjadi sumber pendapatan kepada saya dan beberapa orang kampung yang samasama mengusahak­an rumah burung wallet ini”, katanya.

Tambahnya lagi, beliau rasa bangga terhadap pelajarpel­ajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana mahu mengangkat lagi industri burung wallet ini.

“Saya juga rasa bangga terhadap kamu semua kerana bersungguh-sungguh mengambil pelbagai maklumat dan sanggup membuat penggambar­an untuk menuntut ilmu berkaitan burung walet ini”, katanya.

Rumah Burung walet Hj Jaafar yang dibina setinggi tiga tingkat menarik pelajar-pelajar komunikasi tahun 3 untuk membuat dokumentar­i berkaitan Rumah Burung walet.

Menurut Danial Dani, expedisi ini dijalankan selain mencari maklumat untuk melaksanak­an tugasan akhir, ia juga salah satu expedisi ilmu untuk melihat perkembang­an Industri Burung Walet.

“Kami pergi ke Rumah burung walet dari UMS ke Menumbuk bukan sahaja untuk mencari maklumat dan membuat penggambar­an tentang Rumah Burung walet malah lebih dari itu”

“Kami melihat populasi burungwale­tsemakinba­nyak dan kami juga mempelajar­i betapa uniknya burung walet ”, katanya.

Expedisi burung walet mengambil masa selama tiga hari dua malam di Jalan Kuburan Cina, Menumbuk, Sabah.

 ??  ?? GAMBAR Kenangan Bersama Pengusaha Rumah Burung Walet.
GAMBAR Kenangan Bersama Pengusaha Rumah Burung Walet.
 ??  ?? SESI perbincang­an bersama Pg. Hj. Jaafar - Pemilik Rumah Burung Walet.
SESI perbincang­an bersama Pg. Hj. Jaafar - Pemilik Rumah Burung Walet.
 ??  ?? HASIL Tuaian Sarang Burung Walet.
HASIL Tuaian Sarang Burung Walet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia