Utusan Borneo (Sabah)

KKE johan Pertanding­an Tarian Rampaian Melayu Inter-Kolej

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui Bahagian Kebudayaan & Kesenian menganjurk­an Pertanding­an Kesenian Inter-Kolej Siri 2 bagi sesi 2018/2019 iaitu Kategori Tarian Rampaian Melayu yang diadakan pada 19 November bertempat di Anjung Siswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UMS.

Pertanding­aninimelib­atkan 5 kumpulan kolej kediaman yang bertanding iaitu Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) , Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), Kolej Kediaman Excellent (KKE), Kolej Kediaman Usia 1borneo (KKU1B)danKolejKe­diaman Sri Angkasa (KKSA).

Program ini bertujuan mencungkil bakat-bakat di kalangan siswa/siswi UMS untuk diketengah­kan ke peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Seramai lebih 100 orang siswa/ siswi hadir memeriahka­n program pertanding­an pada malam berkenaan.

KKE muncul johan kategori tarian rampaian melayu, naib johan dimenangi KKTM, tempat ketiga dimenangi oleh KKTF, manakala tempat keempat dan kelima masingmasi­ng daripada KKU1B dan KKSA. Para pemenang menerima sebuah trofi, sijil dan juga hamper.

Juri jemputan adalah Puan Sri Ningsih Sukirman , Pensyarah Tari FKSW, Cik Khamellia, Freelance Dancer Dan Ab Murat Bin Md Rais, Freelance Koreografe­r dan hakim.

Turut hadir dalam program itu adalah Pengetua KKSA Wijaya, Alan James, Ketua Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, JHEP, TimbalanTi­mbalan Pengetua kolej kediaman, felo-felo kolej kediaman, pegawai dan staf JHEP dan juga Jakmas kolej kediaman.

 ??  ?? PESERTA bergambar bersama juri dan pengetua kolej Sri Angkasa.
PESERTA bergambar bersama juri dan pengetua kolej Sri Angkasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia