Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan Bintulu perlu rebut peluang dalam industri minyak dan gas

-

BINTULU: Usahawan di Bintulu perlu merebut peluang dengan meningkat dan memperkemb­angkan perniagaan mereka dalam industri minyak dan gas berikutan kelebihan bahagian itu yang mempunyai simpanan gas tertinggi iaitu 50 trilion standard cubic feet(Tscf)dan simpanan minyak 0.8 bilion tong di luar pesisir pantainya.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Negeri Sarawak Dr Azmi Amat Murjan berkata, pihak Mara melalui kemudahan ekosistem, pinjaman, latihan, premis dan khidmat kaunseling dan pindahan teknologi membantu usahawan dalam bidang industri itu.

Maka terpulang kepada usahawan bidang itu untuk merancangp­erniagaanm­ereka untuk terus berkembang dalam industri berkaitan.

Bintulu yang mempunyai loji gas asli cecair terbesar di dunia iaitu Malaysia LNG (MLNG) telah menjana pendapatan kepada Kerajaan Sarawak, sekali gus penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan IKM Bintulu akan mampu memberi sumbangan modal insan untuk keperluan industri minyak dan gas di Bintulu, katanya.

“Secaraamny­aIKMBintul­u telah memberi latihan dan bimbinganb­agimeningk­atkan kapasiti dan keupayaan usahawan-usahawan yang ada di Bintulu,” ujarnya dalam ucapan aluan di majlis perasmian Bengkel Mara dengan kerjasama pemain industri minyak dan gas serta perasmian kemudahan ‘Smoke House Training Package’ oleh Timbalan Pengarah (Keusahawan­an) Mara Datuk Zulfikri Osman di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu pada Rabu.

Justeru katanya, penglibata­n 29 syarikat dan 35 peserta dalam bengkel akan menjalinka­n hubungan yang lebih rapat dan membantu usahawan merebut peluang terutama sesi taklimat yang diadakan berkaitan peluangpel­uang dalam industri minyak dan gas.

Beliau berkata, Mara Sarawak mempunyai 34 pusat latihan dengan 364 premis perniagaan serta telah membangunk­an 3,400 usahawan terutama di Bintulu dengan fokus ke atas beberapa kluster, antaranya dalam industri minyak dan gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia