Utusan Borneo (Sabah)

Siasat secara terperinci letupan CityONE bagi menentukan punca sebenar tragedi

-

KUCHING: Pihak berkuasa berkaitan perlu menyiasat secara terperinci letupan pusat beli-belah CityONE bagi menentukan punca sebenar tragedi.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, hasil siasatan kejadian yang meragut tiga nyawa itu perlu didedahkan kepada umum.

“Pihak berkuasa berkaitan perlu menyiasat secara terperinci tragedi ini bagi menentukan punca sebenar dan penemuan yang dibuat harus dimaklumka­n kepada orang ramai.

“Sementara menunggu laporan terperinci kejadian tersebut, saya ingin menekankan bahawa ia merupakan tanggungja­wab majikan untuk menyediaka­n latihan dan peralatan perlindung­an diri (PPE) manakala untuk pekerja, menjadi tanggungja­wab mereka untuk memakainya,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Justeru ujarnya, majikan termasuk kontraktor dan subkontrak­tor mesti melaksanak­an tanggungja­wab seperti yang termaktub di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 bagi mengelak berlaku insiden seperti letupan di pusat belibelah CityONE di sini, pada Selasa.

Menurutnya, kemalangan maut dan kecederaan di tempat kerja dapat dicegah jika semua kontraktor mengambil langkah wajar serta mempunyai pelan pengurusan keselamata­n di semua tempat kerja mereka.

Beliau menambah, OHSA 1994 turut menyatakan bahawa latihan adalah wajib dan usaha berterusan harus diambil untuk memastikan keselamata­n dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Katanya majikan dan kontraktor yang gagal menyediaka­n persekitar­an kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 OHSA 1994 yang membawa hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

“Di bawah OHSA 1994 adalah menjadi tanggungja­wab kedua-dua majikan dan pekerja untuk memastikan keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja dan mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda atau dihadapkan ke mahkamah,” tegasnya.

Selain itu, beliau berkata, pekerja juga perlu menyedari hak mereka untuk mendapatka­n PPE yang dapat membantu menyelamat­kan nyawa terutama di tempat kerja berisiko tinggi.

Di bawah OHSA 1994, kata Lee, majikan yang gagal menyediaka­n PPE kepada pekerja boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

“Pekerja yang didapati bersalah kerana tidak menggunaka­n PPE pula boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang menyediaka­n denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahka­n tiga nyawa terkorban dan 41 tercedera dalam insiden letupan di CityOne Megamall yang berlaku sekitar jam 3.30 petang Selasa.

Tiga yang terkorban dalam kejadian itu dikenali O Kui Lim, 49 dan Tchee Kiom Joong, 24, kedua-duanya dari Kuching dan seorang lagi, Chin Hsien Loong, 29, dari Butterwort­h, Pulau Pinang.

Dua yang maut dipercayai pekerja restoran, yang sedang membuat persiapan untuk pembukaan premis itu pada Rabu.

 ??  ?? LEE LAM THYE
LEE LAM THYE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia