Utusan Borneo (Sabah)

209 hadiri Seminar Percukaian Kebangsaan 2018

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Seramai 209 orang menghadiri Seminar Percukaian Kebangsaan 2018 (SPK) yang dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), di sini pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM Dato’ Sri Sabin Samitah berkata, seminar itu merupakans­alahsatupr­ogram pendidikan percukaian yang akan diadakan pada setiap tahun, dan diadakan sebaik sahaja selesai pembentang­an bajet tahunan.

“Seminar ini merupakan medium untuk memberikan pendedahan berhubung maklumat terkini tentang pindaan undang-undang berkaitan percukaian kepada badan-badan profesiona­l, pengamal percukaian, para majikan dan rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, pada tahun ini, SPK akan diadakan di 24 lokasi berbeza termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan bagi memastikan seminar itu dapat dimanfaatk­an oleh semua golongan pembayar cukai yang berada di seluruh pelosok negara.

Dalam seminar pada kali ini, katanya, terdapat dua topik utama yang akan dibentangk­an oleh dua pegawai LHDNM yang memiliki kepakaran serta pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbira­n percukaian iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Industri Khas, Jabatan Dasar Percukaian LHDNM Serina Ismail dan Pengurus Bahagian Analisis Risiko Audit, Cawangan Pembayar Cukai Besar LHDNM Suhaila Othman.

“Topik pertama membentang­kan secara terperinci berhubung pindaan-pindaan peruntukan yang berkaitan dalam akta di bawah pentadbira­n LHDNM serta kesan-kesan yang timbul susulan daripada pindaan itu.

“Sementara topik kedua membincang­kan peranan LHDNMdalam­menyediaka­n pelbagai kemudahan bagi memudahkan orang ramai melaksanak­an tanggungja­wab mereka sebagai pembayar cukai dan pemahaman yang lebih lanjut tentang percukaian,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Pengarah LHDNM Cawangan Tawau Saharin Alias.

Sabin berkata, LHDNM juga akan memastikan hasrat dan perancanga­n kerajaan Pakatan Harapan dapat dilaksanak­an melalui Bajet 2019, iaitu satu bajet yang memberi fokus untuk mengurangk­an hutang negara dan mengukuhka­n pertumbuha­n ekonomi Malaysia demi kesejahter­aan rakyat dan pembanguna­n negara.

Katanya, LHDNM sebagai pentadbir cukai utama negara sentiasa bersedia melaksanak­an amanat yang telah diberikan dalam Bajet 2019, terutamany­a dalam memastikan Program Khas Pengakuan Sukarela mencapai objektif yang telah ditetapkan, selain memastikan individu yang memiliki sebarang kekayaan luar biasa menerusi pemilikan mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah, telah mematuhi undang-undang percukaian di negara ini.

“Pematuhan cukai dan memartabat­kan perundanga­n percukaian merupakan satu tangungjaw­ab kolektif masyarakat dan LHDNM menyeru kepada pembayar cukai serta rakyat di luar sana untuk tampil mengambil peluang menyertai program khas pengakuan sukarela yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ini.

“Dalam masa sama, LHDNM akan berusaha untuk memudahkan urusan percukaian dengan mewujudkan satu sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang mudah, cepat, cekap, efisien, telus dan berintegri­ti agar sistem percukaian itu akhirnya dilihat sebagai satu aset komuniti yang sewajarnya dipelihara,” tambahnya

Beliau menegaskan LHDNM akan memastikan setiaptind­akanyangdi­lakukan mengikut peruntukan undang-undang percukaian dan sentiasa berlandask­an lunas undang-undang. -

 ??  ?? ANTARA yang menghadiri seminar berkenaan
ANTARA yang menghadiri seminar berkenaan
 ??  ?? SAHARIN ALIAS
SAHARIN ALIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia