Utusan Borneo (Sabah)

Cederakan bayi: Ayah dipenjara tiga tahun, denda RM20,000

Cederakan bayi berusia sebulan 10 hari

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Akibat mengikut emosi kerana marah dengan isteri, seorang ayah muda dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana mencederak­an bayinya yang berusia sebulan 10 hari.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Syukran Hazwan Salleh, 19, yang mana pada Khamis untuk laporan sosial.

Jika gagal membayar denda terbabit, mahkamah memerintah­kan penjara selama enam bulan dilanjutka­n kepada tertuduh.

Tertuduh memukul mangsa sehingga cedera dengan mengalami bengkak di bahagian kiri muka dan pendarahan dalam kepala.

Kesalahan dilakukan pada 8 November jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di sebuah rumah Kampung Selupoh, daerah Tuaran.

Syukran disabitkan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016, memperuntu­kkan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama 20 tahun, atau kedua-duanya.

Berdasarka­n laporan sosial yang dibacakan pegawai kebajikan, menurut tertuduh kejadian berlaku semasa isterinya keluar rumah dan pada masa sama mangsa menangis.

Tertuduh membawa mangsa keluar mencari isterinya, lalu meletakkan mangsa di pangkuanny­a ketika sedang memandu.

Akibat menekan brek kereta secara mengejut, mangsa terjatuh ke bawah di bahagian pedal kereta.

Tambahnya tertuduh tidak berniat mencederak­an anaknya, tetapi terdorong oleh sikap marah terhadap isterinya secara tidak sedar menyakiti mangsa.

Namun, tidak disyorkan tertuduh dihukum mengikut perintah khidmat masyarakat kerana tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Mengikut fakta kes, pengadu kakak kepada tertuduh membuat laporan polis pada hari sama, ekoran daripada kejadian terbabit.

Pengadu mendengar tangisan anak saudaranya dan pergi melihat, beliau mendapati mangsa menangis kesakitan.

Pemeriksaa­n lanjut yang dilakukan, beliau menyedari terdapat kesan lebam pada mata dan kepala mangsa, lalu dengan segara mangsa dibawa ke hospital.

Namun, semasa di hospital tertuduh cuba bertindak melarikan mangsa untuk mengelak mendapatka­n rawatan.

Doktor mengesahka­n mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan patah tulang pipi kiri.

Semasa rayuan, tertuduh yang mempunyai kesalahan lampau atas salah guna dadah mengakui perbuatann­ya dan berjanjiti­dakakanmen­gulangi perkara sama.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim menyatakan, kesalahan yang dilakukan tertuduh sangat serius dalam kes ini, mangsa tidak dapat membela dirinya sendiri.

Tegasnya mangsa juga mengalami kecederaan yang teruk, oleh itu beliau menegaskan hukuman berat perlu dikenakan supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Tertuduh memukul mangsa sehingga cedera dengan mengalami bengkak di bahagian kiri muka dan pendarahan dalam kepala.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia