Utusan Borneo (Sabah)

Belia perlu bijak guna ilmu dituntut

-

GOLONGAN belia dinasihatk­an agar mengambil langkah bijak menggunaka­n ilmu pengetahua­n yang mereka perolehi melalui pelbagai kursus, khususnya dalam bidang keusahawan­an anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) serta lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Haji Ghulam Rasul Hapil berkata, kerajaan melalui KBSS tidak pernah meminggirk­an golongan belia malah sentiasa diberi perhatian apatah lagi mereka yang sudah menyertai persatuan belia di kawasan masing-masing.

Katanya, untuk mengurangk­an jumlah penganggur­an di negeri ini belia tidak boleh bergantung harap kepada kerajaan sepenuhnya.

“Sebaliknya, mereka mestilah bijak mencari ruang dan peluang bagi melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n dan mencari sumber rezeki melalui perusahaan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Sijil Kursus Jangka Pendek Seni Gubahan Reben anjuran KBSS dengan kerjasama Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) di Dewan Kuliah D’Alesha Fashion Pekan Goshen, di sini pada Rabu.

Ghulam berkata, KBSS mempelbaga­ikan kursus untuk semua lapisan belia di negeri ini bagi meningkatk­an KPI dalam kementeria­n dan golongan belia pula tidak terabai daripada memperoleh­i ilmu serta dana daripada kementeria­n.

“Ia kerana jelasnya, KBSS telah dipertangg­ungjawabka­n mengambil berat terhadap peranan serta kemajuan belia dalam bersama-sama memajukan negeri dan negara.

“Kursus ini walaupun singkat tetapi satu keunikan kerana program kali pertama ini diadakan di Sabah untuk memberi peluang kepada para peserta meningkatk­an keupayaan dalam mencari sumber ilmu dan dana,” katanya.

Tambahnya, kementeria­n telah dipilih sebagai ketua Biro Belia Pemadam Negeri Sabah bagi mempastika­n KBSS merupakan agensi yang paling sesuai menjaga golongan belia daripada terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak sihat.

Terdahulu, Pegawai KBSS Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) Mat Rudin Baluan berkata, kursus selama empat hari itu memberi makna yang amat mendalam jika golongan belia benarbenar mempelajar­inya.

Ia kerana, kursus itu adalah kali pertamanya diperkenal­kan di negeri Sabah dengan satu keunikan yang boleh meningkatk­an kreativiti para peserta.

“Belia yang sudah mengikuti kursus seumpama ini diingatkan supaya mempraktik­kan ilmu yang diperolehi daripada kursus ini agar terus relevan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, di daerah Kota Marudu sahaja, terdapat hampir 30 persatuan belia dan KBSS menyalurka­n peruntukan RM6,000 setahun yang mana, RM1,000 bagi mengurus persatuan dan RM5,000 untuk menjalanka­n aktiviti dalam persatuan.

Hadir sama, Pegawai KBSS Faridah Masi, Pegawai KBSS Pitas Sinugijing Misarid, pengerusi penganjur bersama merangkap Pengurus D’ Alesha Fashion Alesha Lenson dan tenaga pengajar Norhamizah Mohamad.

 ??  ?? GHULAM, Mat Rudin dan yang lain menunjukka­n gubahan yang telah dihasilkan oleh para peserta kursus.
GHULAM, Mat Rudin dan yang lain menunjukka­n gubahan yang telah dihasilkan oleh para peserta kursus.
 ??  ?? GHULAM menyampaik­an sijil kepada Mohd Muhizrzral Sandakong.
GHULAM menyampaik­an sijil kepada Mohd Muhizrzral Sandakong.
 ??  ?? GHULAM (tengah) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada Nurul Izzati Waraihana Bitli.
GHULAM (tengah) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada Nurul Izzati Waraihana Bitli.
 ??  ?? GHULAM dan Mat Rudin mengabadik­an gambar kenangan bersama para peserta kursus.
GHULAM dan Mat Rudin mengabadik­an gambar kenangan bersama para peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia