Utusan Borneo (Sabah)

Ketengah identiti tempatan

Pameran solo KPF2018

-

SEMAKIN banyak lokasi kunjungan pelancong yang ditawarkan di Kota Kinabalu namun masih tidak dapat menyaingi Jalan Gaya yang unik dan punya identiti sendiri.

Menyelusur­i Jalan Gaya pada pagi Ahad pastinya banyak jualan dapat dilihat, juga pelbagai watak dapat disaksikan, termasuk urusan tawar menawar membeli barangan.

Selain daripada kawanan burung merpati, jika anda perasan di hujung jalan, ada sebuah kedai gunting di buka di sana. Sudah lebih 30 tahun usianya, dan sejak itu, rupa dan suasana di dalamnya kekal seperti dahulu kerana tidak pernah dilakukan sebarang penaiktara­fan.

Namun itu jugalah yang menarik perhatian jurufoto Idremzizan Idris yang acap kali akan singgah ke kedai gunting itu melepaskan lelah setelah beberapa jam mengetik foto di Jalan Gaya, sejak lima tahun lalu.

Menurut Idremzizan atau lebih dikenali sebagai Jebat, memang sengaja Jalan Gaya dipilih sebagai lokasi tetapnya kerana penceritaa­n di sebalik foto itu tidak akan pernah habis.

“Jalan cerita dan situasinya akan sentiasa berubah dan banyak benda yang saya dapat belajar dengan merakam gambar di sana.

“Selain itu, saya juga dapat kenal masyarakat sekitar dengan lebih dekat dan berkomunik­asi bersama mereka, selain merasai bagaimana semangat mereka berniaga pada hujung minggu dan kemudian saya akan mengakhiri perjalanan seharian itu di kedai gunting rambut ini.

“Kedai ini saya anggap istimewa dan satu-satunya yang klasik di jalan ini, dan di sini saya akan duduk serta perhatikan bagaimana mereka pertahan nilai-nilai selain pastikan cara guntingan yang sama dari generasi sebelumnya dan yang penting mereka masih di situ,” jelasnya.

Beliau berkunjung ke kedai itu semenjak masih dikendalik­an oleh mendiang bapa kepada pemilik sekarang iaitu Max.

“Saya dapat belajar sesuatu tentang bagaimana mereka perlu bekerja untuk kehidupan hari esok dan sebagai tukang gunting rambut dia boleh menyara kehidupan keluarga, dan tentunya segalanya itu kerana mereka ikhlas melakukan pekerjaan itu.

“Semua perkara itulah sebabnya saya suka mengambil gambar dan tidak pernah berhenti dan lebih daripada itu saya jugalah antara pelanggan tetap mereka sejak dahulu,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai gunting rambut, Max turut menghargai usaha Idremzizan merakamkan momen-momen berkenaan di premis miliknya.

Sempena Kinabalu Photo Festival (KFP) 2018 juga, premisnya menjadi lokasi pameran solo milik Idremzizan yang memaparkan foto-foto rutin harian mereka mengguntin­g rambut pelanggan.

Apa yang manis, antara foto berkenaan turut terakam gambar mendiang bapanya yang pastinya tidak dapat berulang kembali dan hanya menjadi kenangan manis untuk keluargany­a.

“Semasa Jebat minta izin untuk rakam gambar, saya benarkan sahaja dan saya turut berterima kasih kerana dalam pameran ini juga ada gambar mendiang bapa.

“Jebat juga pelanggan tetap saya, selain daripada dia pelanggan yang datang sini memang daripada pelbagai suku kaum.

“Konsep bersahabat di Sabah ini berbeza berbanding tempat lain, kami rapat dalam perpaduan, saya harap gambar yang dirakam dapat menunjukka­n kepada orang luar tentang budaya yang menarik di negeri ini, lebih-lebih lagi kehidupan sebagai seorang tukang gunting,” ujarnya.

Selain daripada pameran solo, KPF yang berjalan selama seminggu hingga 9 Disember ini juga mengadakan bengkel yang dikendalik­an oleh mentor daripada jurufoto tempatan dan luar negara.

Antara mentor tempatan yang berkolabor­asi dalam KPF ialah Shamshahri­n Shamsuddin manakala dari luar negara ialah seperti Ahmad Deny Salman dan Agah Permadi dari Indonesia dan

Ahim Rani dari Brunei.

Sementara itu, salah seorang jurufoto tempatan yang turut membuat pameran solo ialah Abdul Salam Kadirun, 38, yang berasal dari Tawau.

Karya Salam menjurus kepada foto dokumentar­i mengenai suku Bajau Laut yang dirakamkan di Semporna.

“Sebenarnya, saya tertarik dengan cara hidup mereka, cara mereka mencari makan setiap hari dengan menyelam dan memukat untuk mencari ikan serta kima.

“Pada mulanya, saya hanya menemankan kawan dari Amerika Syarikat yang sedang mencari kumpulan etnik yang masih hidup secara nomad, lantas saya cadangkan supaya mereka ke Semporna dan berkenalan dengan suku Bajau Laut yang masih menjalani kehidupan di atas perahu.

“Bila saya sampai ke sana, saya turut tertarik melihat kehidupan mereka dan saya rasa perlu juga membuat dokumentas­i mengenai kehidupan suku kaum ini.

“Sebenarnya ini hanya pengenalan, saya belum ke sana secara serius kerana buat masa ini saya masih membuat kajian tentang suku Bajau Laut.

“Kalau tidak ada halangan, saya akan ke sana untuk beberapa minggu dan kembali semula untuk tunjukkan kepada mentor saya hasil kerja dan kembali lagi ke sana mencari gambar yang diperlukan,” jelasnya.

Salam berkata, sepanjang lima hari karyanya dipamerkan, terdapat banyak pendapat yang diperolehn­ya melalui catatan buku yang disediakan di pameran itu.

Menurutnya, pameran solo seperti itu memberi banyak kebaikan dan sangat perlu peluang begini diberikan kepada jurufoto kerana selain dapat mengketeng­ahkan budaya tempatan, ia membantu menarik pelancong luar untuk berkunjung ke sesuatu tempat.

 ??  ?? ABDUL SALAM
ABDUL SALAM
 ??  ?? KOLEKSI foto Salam yang diletakkan di Fruto, Jalan Dewan.
KOLEKSI foto Salam yang diletakkan di Fruto, Jalan Dewan.
 ??  ?? KOLEKSI foto Jebat berkisar kehidupan di kedai gunting.
KOLEKSI foto Jebat berkisar kehidupan di kedai gunting.
 ??  ?? SATU-satunya kedai gunting rambut yang klasik di Jalan Gaya.
SATU-satunya kedai gunting rambut yang klasik di Jalan Gaya.
 ??  ?? MAX ketika mengunting rambut pelanggan.
MAX ketika mengunting rambut pelanggan.
 ??  ?? SESI perkongsia­n Salam bersama jurufoto.
SESI perkongsia­n Salam bersama jurufoto.
 ??  ?? GENERASI ke-2, Max
GENERASI ke-2, Max

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia