Utusan Borneo (Sabah)

PTC azam cipta sejarah di Brunei

-

LAHAD DATU: Perdana Taekwondo Club (PTC) menyenarai­kan 15 atlet bagi membawa cabaran PTC ke Kejohanan Korean Ambassador Cup Brunei Taekwondo Championsh­ip 2018 yang akan berlangsun­g pada 11 hingga 13 Disember di Bandar Sri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Mereka dibarisi oleh Steword Pitarus, Maxweltern­john, Zanirah, Nur Fauziyyah Farhana, Affyzan Bernardo, Mohamad Nor Faiz, Nurfatinfa­rahdia, Nur Rika Shafiqah, Nurul Aswani, Dayang Naziha, Nur Syafieka Ayuni dan Hafizuddin Ikhwan, Nylea Azniera, Nick Noveen Norbert dan Nur Amiratul Huda (Poomsae).

Menurut jurulatih PTC Master Bernardo Vivero, senarai itu melibatkan seramai enam peserta lelaki dan sembilan peserta perempuan.

Beliau berkata, kesemua mereka yang terpilih adalah merupakan antara barisan atlet pelapis dan jaguh-jaguh remaja terbaik PTC yang dipilih melalui penyertaan pertanding­an di peringkat Remaja Kebangsaan dan Interclub Kebangsaan 2018 dan juga di CK Antarabang­sa.

“Kontinjen PTC kali ini diketuai oleh atlet Steword Pitarus yang telah menunjukan prestasi yang begitu cemerlang pada tahun 2018.

“Diikuti oleh Dayang Naziha Datu Mazlan pemain terbaik di ‘11th CK Classic Internatio­nal Taekwondo Championsh­ip’ dan Maxweltern­john Vitterlemi­n pemain terbaik ‘12th CK Classic Internatio­nal Taekwondo Championsh­ip’ dan Mohamad Nor Faiz Romeo pemenang pingat emas remaja kebangsaan 2018.

Katanya, para atlet ini telah berkampung di Pusat Latihan PTC di Perdana dan menjalani latihan selama dua bulan dan latihan telah dikendalik­an oleh jurulatih Coach Datu Abdul Razif dan Coach Affyzul Bernardo,” katanya.

Sementara itu, Presiden PTC Datu Mazlan Datu Ibrahim berkata, walaupun ini adalah kali pertama PTC menyertai kejohanan di Brunei, tetapi mereka berazam dan mensasarka­n untuk mengutip 5 pingat emas dari 15 penyertaan.

“Saya berharap agar semua atlet dapat mempamerka­n mutu permainan yang cemerlang sekaligus dapat meraih beberapa pingat pada kejohanan itu kelak,” katanya.

 ??  ?? PARA atlet merakamkan album kenangan bersama ibu bapa sebelum keberangka­tan ke kejohanan itu.
PARA atlet merakamkan album kenangan bersama ibu bapa sebelum keberangka­tan ke kejohanan itu.
 ??  ?? BERNARDO (kanan) bersama Datu Mazlan (kiri).
BERNARDO (kanan) bersama Datu Mazlan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia