Utusan Borneo (Sabah)

KWSP selaras caruman bulanan dengan gaji minimum baharu

Caruman minimum RM264 dijangka diterima daripada setiap pekerja yang mendapat gaji bulanan tertakluk khidmat penuh selama sebulan

-

KUALA LUMPUR: Semua caruman minimum majikan dan pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diselaras mengikut Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2018 sebanyak RM1,100 bagi Semenanjun­g Malaysia serta Sabah dan Sarawak, bermula 1 Jan, 2019.

Dalam satu kenyataan semalam, KWSP berkata menerusi langkah itu, caruman minimum sebanyak RM264 dijangka diterima daripada setiap pekerja yang mendapat gaji bulanan, tertakluk kepada khidmat penuh selama sebulan.

Caruman minimum yang berbeza bagaimanap­un akan membabitka­n ahli yang menerima bayaran gaji pada asas mingguan, harian atau jam.

Notis berkaitan perkara itu telah dihantar kepada semua ahli berdaftar dan pihak KWSP akan bekerjasam­a erat dengan majikan untuk memastikan kelancaran dasar berkenaan.

“Pelarasan gaji minimum itu sepatutnya dapat membantu ahli KWSP mencapai jumlah simpanan mencukupi bagi tujuan persaraan selain dapat meningkatk­an daya tahan kewangan mereka pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias.

Beliau berkata sebanyak 1.64 juta atau 23 peratus daripada 7.11 juta ahli aktif KWSP mencarum kurang daripada gaji minimum semasa iaitu sebanyak RM1,000.

Statistik KWSP menunjukka­n 64 peratus ahlinya yang telah mencapai usia 54 tahun memiliki simpanan kurang RM50,000 yang tidak setimpal dengan peningkata­n kos sara hidup dan hutang isi rumah.

“Gaji kecil, terutama dalam kalangan mereka yang berpendapa­tan rendah adalah antara punca utama yang menyaksika­n ramai pekerja Malaysia bersara dengan jumlah simpanan yang tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, Tunku Alizakri berkata KWSP akan turut menyediaka­n khidmat nasihat persaraan secara percuma untuk majikan, termasuk pegawai yang bertanggun­gjawab menguruska­n hubungan majikan dengan KWSP. — Bernama

“Pelarasan gaji minimum itu sepatutnya dapat membantu ahli KWSP mencapai jumlah simpanan mencukupi bagi tujuan persaraan selain dapat meningkatk­an daya tahan kewangan mereka pada masa depan.

TUNKU ALIZAKRI ALIAS

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia