Utusan Borneo (Sabah)

MV Malaysia Brave mulakan pelayaran sulung dari Pelabuhan Bintulu

-

Kapal MV Malaysia Brave Pure Car and Truck Carrier (PCTC) atau kapal pengangkut kereta dan lori di bawah agensi HarbourLin­k Group Berhad yang membawa muatan berkapasit­i 43,810 tan dengan panjang muatan (LOA)180 meter(m) membuat panggilan untuk pelayaran sulungnya di Terminal Pelbagai Guna Pelabuhan Bintulu kelmarin.

Kapal itu tiba di Bintulu dari Pelabuhan Kelang kelmarin dan berlabuh di Terminal Pelbagai Guna pada jam 6 pagi.

Kapal itu kemudianny­a berlepas dari Pelabuhan Bintulu pada jam 3 pagi semalam.

Panggilan sulung itu memperuntu­kkan pelancaran perkhidmat­an tetap oleh Harbour-Link Group Berhad.

Pada masa ini syarikat itu mengendali­kan dua PCTC Malaysia iaitu MV Malaysia Brave yang membawa kapasiti kereta sedan 3,800 unit dan MV Malaysia Star dengan LOA 151.6m serta membawa kapasiti 16,839 tan kapasiti kasar 1,400 unit kereta sedan.

Kedua-dua kapal ini menyediaka­n perkhidmat­an tetap di rantau Malaysia dengan sasaran dua kapal dipanggil setiap bulan.

Jumlah anggaran sekali pelayaran untuk Bintulu adalah dari 300 hingga 400 unit.

Mulai Disember 2018 dan seterusnya, kapal itu juga akan dipanggil ke Pelabuhan Bintulu bermula dari pelayaran pertamanya dengan melihat pelabuhan alternatif untuk pelanggann­ya di Sarawak.

Pemilihan Pelabuhan Bintulu oleh Harbour-Link Group Berhad untuk perkhidmat­an ini menandakan keyakinan mereka terhadap prestasi operasi Pelabuhan Bintulu dengan perkhidmat­an cekap dan penyampaia­n kemudahan lebih baik yang disediakan oleh pelabuhan itu.

 ??  ?? KAPAL MV Malaysia Brave yang tiba di pelabuhan Bintulu kelmarin.
KAPAL MV Malaysia Brave yang tiba di pelabuhan Bintulu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia