Utusan Borneo (Sabah)

Keuntungan sebelum cukai LAKU 2017 cecah RM9.85 juta

-

LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) mencatat keuntungan sebelum cukai sejumlah RM9.85 juta pada 2017 iaitu meningkat daripada sejumlah RM7.60 juta pada 2016.

Ini adalah penemuan audit berdasarka­n Laporan Ketua Audit Negara 2017 (LAN 2017) Siri Dua.

Menurut laporan berkenaan, LAKU mencatat trend peningkata­n bagi keuntungan terkumpul iaitu berjumlah RM152.78 juta pada 2015, RM155.99 juta pada 2016 dan RM164.58 juta pada 2017.

“Analisis Audit terhadap nisbah semasa LAKU bagi menilai tahap kecairan syarikat menunjukka­n pada 2017 tahap kecairan LAKU meningkat kepada 1.60:1 berbanding 1.51:1 pada 2016.

“Ini menunjukka­n LAKU mampu menjelaska­n hutang dalam jangka pendek.

“LAKU juga cekap dalam pengurusan aset untuk menjana keuntungan dengan pulangan sejumlah RM2.60 bagi setiap ringgit aset dilaburkan,” kata laporan itu.

Selain itu, LAKU mempunyai baki tunai dan kesetaraan tunai berjumlah RM88.27 juta pada 2017.

Sementara itu, dari segi pengurusan aktiviti LAKU adalah cekap dengan pencapaian sebenar pengeluara­n, bekalan dan jualan air bersih melebihi kadar 90 peratus bagi tahun 2015 hingga 2017.

“Pengurusan bahan kimia LAKU adalah cekap dan berhemat daripada aspek perolehan, penyimpana­n dan penggunaan.

“Bagaimanap­un, pengurusan air yang tidak berhasil (Non-Revenue Water NRW) adalah kurang cekap dengan menunjukka­n trend meningkat bagi tempoh yang sama,” jelas laporan tersebut.

Kadar NRW LAKU menunjukka­n trend meningkat dari 2015 hingga 2017 masing-masing pada kadar 24.3 peratus, 25.5 peratus dan 26 peratus.

“Kuantiti kehilangan isi padu air bagi tahun 2015 hingga 2017 adalah antara 28.32 juta m³ dan 31.56 juta m³.

“Bagi tempoh tersebut, kos pengeluara­n air yang ditanggung LAKU melibatkan kehilangan air berkenaan adalah berjumlah RM54.31 juta.

“Kuantiti dan kos pengeluara­n menunjukka­n trend meningkat bagi tempoh yang sama iaitu daripada 28.32 juta m³ melibatkan kos pengeluara­n berjumlah RM16.71 juta pada \ 2015 kepada 31.56 juta m³ dengan kos pengeluara­n berjumlah RM18.93 juta,” menurut laporan itu.

Laporan itu turut mengesyork­an supaya LAKU mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi menangani trend peningkata­n kadar NRW untuk memastikan kerugian dalam apek kos pengeluara­n adalah pada tahap minimum.

 ??  ?? CEKAP: Kawasan Loji Rawatan Air LAKU di Lambir, Miri.
CEKAP: Kawasan Loji Rawatan Air LAKU di Lambir, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia