Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia mulakan laluan Kuching-Tawau

Penerbanga­n empat kali seminggu

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: AirAsia memulakan perkhidmat­an laluan penerbanga­n eksklusif dari Kuching ke Tawau pada Rabu, sekali gus menjadikan satu-satunya syarikat penerbanga­n yang menghubung­kan ibu negeri Sarawak dan daerah ini.

Penerbanga­n empat kali seminggu itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada jam 10.50 pagi dengan dinaiki seramai 129 penumpang termasuk Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengarah Perhubunga­n Kerajaan AirAsia Zamani Rafique serta pegawai lain.

Penerbanga­n AK6108 itu tiba pada pada jam 12.45 tengahari dan disambut oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, perkhidmat­an baharu AirAsia dari Kuching ke Tawau itu merupakan sebahagian daripada komitmen pihaknya untuk meningkatk­an rangkaian di Malaysia Timur.

“Sehingga kini, AirAsia

ZAMANI menyampaik­an cendera kenangan kepada Christina.

telah menerbangk­an lebih 3.8 juta tetamu masuk dan keluar dari Kuching serta 1.1 juta tetamu masuk dan keluar dari Tawau.

“Ia menyaksika­n peningkata­n sebanyak 19 peratus dan 30 peratus dari tahun lepas dan dijangkaka­n angka ini akan terus meningkat dengan laluan baharu ini.

“Pihak AirAsia merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pengangkut­an kerana meluluskan laluan ini dan laluan Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS) kami yang akandatang­dengankeke­rapan dua kali penerbanga­n setiap hari iaitu, Kota KinabaluSi­bu dan Kota KinabaluBi­ntulu yang boleh ditempah mulai hari ini (Rabu) dan bakal beroperasi pada 1 Januari 2019,” katanya.

Menurutnya, laluan baharu itu dijangka akan terus menyumbang kepada peningkata­n jumlah pelancong di Malaysia Timur dan dengan adanya sokongan daripada kedua-dua kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta lembaga pelanconga­n, diharap pihak AirAsia dapat bekerjasam­a membangunk­an semua destinasi itu untuk menjadi destinasi pelanconga­n yang bernilai tinggi.

Sementara itu, Christina berkata penerbanga­n AirAsia Kuching-Tawau merupakan usaha yang baik selari dengan usaha kementeria­n untuk mempromosi­kan sektor pelanconga­n di pantai timur Sabah, khususnya Sandakan dan Tawau.

“Selain itu, laluan baharu ini juga akan memberi manfaat kepada kedua-dua destinasi Tawau dan Kuching serta dapat meningkatk­an hubungan antara kedua-dua negeri di pulau Borneo ini.

“Saya berharap melalui penerbanga­n terus empat kali seminggu ini akan meningkatk­an jumlah kedatangan pelancong dan menyumbang kepada komuniti tempatan dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan,” tambahnya.

Beliau berkata, dengan adanya kerjasama bersama pihak AirAsia itu, akan dapat mempromosi­kan daerah ini kerana AirAsia secara langsung menghubung­kan Kuching dengan 13 destinasi di rantau ini dan China.

Katanya, selain daripada Semporna yang menjadi syurga para penyelam, daerah Tawau juga mempunyai tarikan tersendiri dengan keunikan hutan hujan tropika tertinggi di dunia berketingg­ian 99.2 meter yang berada di Taman Bukit Tawau serta pelbagai lagi tarikan seperti Muzium Koko Teck Guan, Kolam Air Panas, Pasar Tanjung, Pasar Gantung dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Abdul Karimberka­taNegeriSa­rawak akan mendapat manfaat daripada penerbanga­n itu jika dilihat kedatangan pelancong asing di daerah ini yang sangat menggalakk­an, dan dengan adanya penerbanga­n terus itu, akan memudahkan pelancong mengunjung­i Sarawak.

Beliau juga memberi gambaran hubungan silaturrah­im di antara keduadua negeri ini akan menjadi lebih akrab dengan adanya kerjasama terutamany­a di dalam sektor pelanconga­n.

Untuk meraikan perkhidmat­an baharu itu, AirAsia menawarkan tambang istimewa dari serendah RM49, sama ada dari Kuching atau Tawau. Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 15 Disember 2018 untuk perjalanan segera hingga 16 Disember 2019.

AirAsia juga menawarkan tempat duduk percuma untuk laluan Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu. Promosi ini tersedia untuk tempahan bermula hari ini hingga 16 Disember 2018 untuk perjalanan antara 1 Januari 2019 dan 4 Februari 2020.

AirAsia Malaysia (kod penerbanga­n AK) kini terbang ke 12 destinasi dari Kuching ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru, Bintulu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Shenzhen, Pontianak dan Singapura.

Syarikat penerbanga­n ini juga terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

 ??  ?? SETIAUSAHA Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai; isteri kepada Abdul Karim, Datin Zuraini Abdul Jabbar; Abdul Karim; Christina; Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Hii Chang Kee; Pengurus Besar Sabah Tourism Suzaini Sabdin Ghani; dan Zamani.
SETIAUSAHA Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai; isteri kepada Abdul Karim, Datin Zuraini Abdul Jabbar; Abdul Karim; Christina; Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Hii Chang Kee; Pengurus Besar Sabah Tourism Suzaini Sabdin Ghani; dan Zamani.
 ??  ?? CHRISTINA dan Abdul Karim bertukar-tukar maskot negeri sebagai tanda silaturrah­im.
CHRISTINA dan Abdul Karim bertukar-tukar maskot negeri sebagai tanda silaturrah­im.
 ??  ?? KETIBAAN pesawat AirAsia disiram dengan pancutan air sebagai simbolik.
KETIBAAN pesawat AirAsia disiram dengan pancutan air sebagai simbolik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia