Utusan Borneo (Sabah)

Pelabur dijemput melabur dalam sektor pendidikan di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membuka peluang kepada pelabur dalam dan luar negara datang untuk melabur dalam sektor pendidikan bagi melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata Sabah berhasrat melahirkan sumber tenaga manusia terbaik untuk industri domestik dan antarabang­sa.

“Kita bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengeluar dalam bidang sawit, balak dan petroleum, tetapi juga dalam pendidikan.

“Kerajaan mewujudkan lebih banyak institusi pengajian swasta berasaskan kemahiran bagi melancarka­n lagi proses negeri ini bergerak ke arah sektor perindustr­ian,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Malam Konvokesye­n Kinabalu Commercial College (KCC), di sini pada malam Khamis.

Beliau berkata pembanguna­n sektor perindustr­ian di Sabah sangat penting untuk menyediaka­n peluang pekerjaan kepada semua lepasan universiti awam dan swasta.

Katanya, Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada sektor komoditi sahaja kerana harga pasaran komoditi dunia yang tidak menentu akan menyebabka­n kelemahan ekonomi negeri dan negara.

“Setiap tahun Sabah menerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengeluark­an lebih daripada 3,000 graduan dan ianya tidak termasuk institusi pengajian swasta.

“Sekiranya hanya bergantung kepada kekosongan kerja dalam sektor awam, sudah tentu kerajaan tidak dapat menyediaka­n peluang pekerjaan bagi menempatka­n semua lepasan universiti,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, KCC perlu meluaskan rangkaian sehingga ke luar negara dengan mengadakan kerjasama bersama universiti antarabang­sa.

Katanya, KCC juga perlu menawarkan kursus-kursus yang dapat memenuhi permintaan pasaran kerja kini seperti dalam sektor kemahiran teknologi maklumat, animasi, kewangan dan sebagainya.

“Kita perlu bergerak ke hadapan dengan mengambil pendidikan di Jepun sebagai contoh supaya anak-anak Sabah mampu mendapatka­n kerja yang lebih baik dalam kerajaan dan juga sektor swasta.

“KCC juga perlu mempunyai kampus sendiri bagi melambangk­an institusi itu sebagai satu pusat pengajian terbaik selain boleh meyakinkan pelajar dan ibu bapa di dalam negeri serta antarabang­sa,” katanya.

Hadir sama Penasihat KCC Spencer Soo dan Ketua Pegawai Eksekutif KCC Maturin Sibi.

 ??  ?? JAUJAN (dua kiri) menyampaik­an sijil tamat pengajian kepada seorang pelajar. Turut kelihatan Spencer (kanan) dan Maturin (kiri).
JAUJAN (dua kiri) menyampaik­an sijil tamat pengajian kepada seorang pelajar. Turut kelihatan Spencer (kanan) dan Maturin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia