Utusan Borneo (Sabah)

Saling membantu capai kejayaan

Gesa Christina kepada usahawan wanita

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Dalam dunia ekonomi yang mencabar dan berdaya saing, adalah penting bagi usahawan wanita membantu antara satu sama lain, bukan hanya untuk mencapai matlamat sendiri, tetapi juga untuk menyokong rakan-rakan dalam mencapai kejayaan mereka.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew sehubungan itu berkata, Presiden SWEPA Datuk Aminah Ambrose mempunyai idea yang betul sejak dari awal menjawat jawatan presiden ketika dia menghasilk­an tema presidenny­a ‘Bersatu, Mengubah & Memperkasa’.

“Henry Ford pernah berkata, ‘Datang bersama-sama adalah permulaan. Menjaga bersama adalah kemajuan. Bekerjasam­a adalah kejayaan’.

Dan Helen Keller sering dipetik mengatakan ‘Bersendiri­an kita hanya boleh melakukan terlalu sedikit; bersama-sama kita boleh melalukkan lebih banyak.

Ia menunjukka­n bahawa transforma­si dan pemerkasaa­n tidak dapat dilakukan secara individu sahaja.

Ia hanya dapat dicapai dengan kekuatan kesepaduan. Ia juga selari dengan motto SWEPA ‘Wanita Bantu Wanita’,” katanya ketika merasmikan Biz-Karnival SWEPA, di Wisma Wanita dekat sini pada Jumaat.

Sebanyak 118 gerai pameran dan penjualan pelbagai produk oleh para usahawan wanita, di Wisma Wanita selama dua hari.

Christina, yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, acara seperti BizKarniva­l SWEPA yang menyediaka­n gerai pameran dan pelancaran produk oleh usahwan baru adalah penting untuk menyediaka­n aksesibili­ti, iaitu Usaha Mikro, Kecil dan Sederhana Sabah yang seterusnya akan merangsang ekonomi negeri ini.

“Pada masa yang sama, ia juga memberi peluang kepada pengunjung untuk membawa bersama keluarga dan anak-anak mereka semasa musim perayaan dan cuti persekolah­an dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti pertanding­an mewarna kanak-kanak dan pertanding­an karaoke kanak-kanak dan sebagainya,” katanya.

Christina juga memuji keterbukan SWEPA terhadap perubahan yang dibawa oleh teknologi moden dengan memperkena­lkan E-sport sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka untuk menarik orang ramai yang berpengeta­huan teknologi untuk berkolabor­asi dengan Kolej Kemahiran UMS.

Katanya, tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan teknologi telah berubah bukan sahaja berkomunik­asi antara satu sama lain tetapi juga cara menjalanka­n perniagaan.

“Kita mesti bersedia untuk terus terbuka kepada cara dan peranti baru ini dan melengkapk­an diri kita dengan pengetahua­n terkini walaupun mereka mungkin asing kepada kita.

Hanya dengan itu kita dapat menguasai dalam menghadapi perubahan pasang surut,” katanya.

Beliau menggalakk­an lebih banyak cara yang berkesan seperti BizKarniva­l dianjurkan pada masa akan datang serta latihan dan bengkel yang dapat meningkatk­an pemain industri kemahiran.

Di majlis itu, Christina turut menandatan­gani pelacaran produkprod­uk baru oleh usahawan wanita.

Turut hadir Presiden SWEPA Datuk Aninah Ambrose dan Pengarah MARA Sabah, Suhaimi Zainuddin.

“Presiden SWEPA Datuk Aminah Ambrose mempunyai idea yang betul sejak dari awal menjawat jawatan presiden ketika dia menghasilk­an tema presidenny­a ‘Bersatu, Mengubah & Memperkasa’. ” DATUK CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia